Saturday, May 26, 2012

Rawatan Memperolehi Kembali Barangan Yang Dicuri / Dipinjam

1. Baca al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Membaca surah Yaasin

Cara Rawatannya :

- Sediakan sehelai kain putih satu kaki persegi.
-  Buatkan satu bulatan besar di atas kain tersebut.
- Tulis السارق الخائن   di dalam bulatan tersebut.   
- Semasa Yaasin dibaca, tapak tangan kanan hendaklah diletakkan di atas perkataan tadi.
- Ulang bacaan Yaasin sebanyak 3 atau 7 kali.
- Cara ini juga boleh digunakan untuk melembutkan hati orang yang berhutang agar membayar hutangnya itu dengan menukarkan perkataan tersebut kepada المَدين الخائن

 (sumber : Ust. Ku Othman bin Ku Ali)

Rawatan Memanggil Pulang Orang Yang Hilang

1. Baca al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Membaca surah Yaasin

Cara Rawatannya :
- Bahan-bahan :
·    Sekeping gambar orang yang hilang
·     Pasu kecil yang tertutup
·     Sedikit air hujan

-  Masukkan gambar tersebut ke dalam pasu yang telah diisikan dengan air hujan.

- Semasa membaca surah Yaasin tadi, hendaklah berhenti sekejap pada setiap  perkataan المبين dan berniat agar orang yang hilang itu pulang.

- Setelah selesai, pasu tadi hendaklah dibalut dengan kain putih dan dibiarkan sehinggalah orang yang hilang itu pulang.

- Insya Allah swt orang yang hilang akan pulang ke pangkuan keluarganya.

(sumber : Ust. Ku Othman bin Ku Ali)

Thursday, May 24, 2012

Sebutir Bintang Untuk JAWI

Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak. (mkini, Mei 24, 2012)
Ini adalah contoh yang nyata bagaimana proses kerja yang dilaksanakan.Tahniah dan syabas diucapkan. Lantaran pantasnya bertindak dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas diisytiharkan HARAM.
Puji kena puji juga, tetapi kritikan pun kena sisip juga.
Semasa saya mengikuti kelas pengurusan di UMS suatu ketika dahulu, ada seorang pensyarah membawa satu contoh yang saya rasakan bersesuaian dengan rangsangan di atas.
Katanya, dalam sebuah estet terdapat ramai pekerja yang dimandurkan oleh seorang bos. Tiba-tiba, seorang pekerja meluru ke arah bosnya lalu memberitahu bahawa kucing kesayangan bosnya telah beranak pada awal pagi tadi. Ini sebagai jelmaan terhadap sikapnya yang ingin menunjuk-nunjuk kepada bosnya bahawa beliau adalah seorang yang amat prihatin.
Lalu bos itu bertanyakan beliau, “Berapa ekor anaknya?”. Pekerja tadi terus berlari menuju ke rumah bos untuk melihat berapa ekorkah anak kucing yang dilahirkan. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia memberitahu bosnya, ada lima ekor kesemuanya.
Bosnya bertanyakan kepadanya lagi, “Berapa ekorkah jantan dan berapa ekorkah pula betinanya?”. Pekerja tersebut sekali lagi belari untuk meninjau berapakah bilangan jantan dan betinanya. Kemudia dia kembali dengan membawa berita tersebut.
Bosnya masih bertanyakannya lagi, “Apakah warnanya?”. Sekali lagi belarilah pekerja tersebut tanpa ada rasa lelah dan penat. Maklumlah, nak mengipas bos katakan. Walhal perkara tersebut tiada hubung kaitpun dengan bidang kerja sehariannya.
Selepas berlakunya larian dan perkhabaran itu, maka bosnya pula memberitahu kepadanya, “Inilah yang membezakan bos dan kulinya”. Seorang ketua yang bergelar bos akan melihat anak-anak kucing itu secara keseluruhan, dari segi bilangannya, jantinannya dan sebagainya. Sekali pergi sudah menjawab segala persoalan. Tetapi kuli akan tetap dengan tahap pemikiran kuli, penat belari, tercungap-cungap dibuatnya. Hasilnya sama.
Memang penat. Orang ramaipun mengatakan ianya memenatkan.
Lihatlah, angkara seorang individu menabur paku tekan di jalanraya, memaksa lapan orang pegawai untuk mengutipnya.
Rentetan itu, Islam mengajar kita untuk ‘problem solving’ dengan menangani isu pangkal dan pucuk. Pangkalnya ditahan, pucuknya pula dicantas. Penat kita seandainya kita asyik mencantas tunas-tunas baharu, sedangkan pangkalnya tidak dikorek buang.

Yang Tiada Tidak Mungkin Memberi

Penerbit buku kontroversi Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis Kanada, Irshad Manji, berang dengan golongan yang menuntut pengharaman buku tersebut. Ezra Zaid dari syarikat ZI Publications berkata komen yang dilemparkan itu dibuat tanpa membaca buku berkenaan. Tambahnya, pengharaman buku itu akan meningkatkan lagi "kejahilan" dan bukannya mencetus perbincangan dan perdebatan. Ezra berucap di Kuala Lumpur hari ini ketika merasmikan buku Ampun Tuanku, karangan bapanya yang juga presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim.(Mei 22, 2012)

Kali kedua saya mengulas tentang penulis buku ini. Pada awal ulasan saya dahulu, saya sudah berandaian bahawa pelancaran buku beliau mesti ditunjangi oleh pihak yang ada kepentingan terhadap perjualan buku. Jika tidak, masakan beliau mendapat ruang dan peluang untuk berbuat demikian.

Kembali kepada buku tulisan beliau berdasarkan apa yang telah ditemuramahkan oleh wartawan Malaysiakini.

Bagi saya, pepatah Arab ada menyebut ( فاقد الشيء لا يعطيه ) yang bermaksud : Orang yang tiada sesuatu, tiada mungkin akan memberi sesuatu.

Justeru
orang yang tidak memahami Islam
bagaimana pula dia hendak memahamkan orang lain tentang Islam
orang yang tidak memahami hadis
mana mungkin dia hendak bercakap pasal hadis
orang yang kabur tentang sistem perundangan Islam
mustahil dia mampu bercakap tentang perundangan Islam

Untuk apa
kita memberi ruang kepada sampah sarap bersarang di minda kita ?
Untuk apa
kita perlu membaca hasil karyanya apabila sudah jelas beliau menolak hadis ?
Untuk apa
kita berbuat sesuatu yang sudah jelas adanya percanggahan dengan Islam?

Oleh itu, saya berpendapat pihak Jakim mesti menjuarai situasi ini. Untuk disekat beliau telah mara, untuk dihalang beliau telahpun memasuki. Pengikutnya pula ramai dan mereka bersandarkan kepada prinsip kebebasan bersuara yang pincang.

Bagi mengadili situasi yang telah punah ini, dan hakikatnya di negara kita pun amat ramai yang mempunyai fahaman menolak hadis ini, bukan hanya hadis yang mereka tolak, bahkan al-Quran pun mereka juga menolaknya. Sistem perundangan Islampun mereka berkesampingkan.

Walhasil, inilah padahnya.

Satu lagi, kita amat kurang mereka yang berwibawa untuk berhujjah bagi mendepani golongan ini. Sistem pendidikan kita tidak banyak mengajar ke arah itu. Sistem pak turut yang mengakhiri fahaman dengan keakuran dan pantang melawan. Menerima dan menganggukkan kepala. Jika melawan, kurang ajar namanya.

Inilah warna-warni musuh yang mendatangi kita. Mereka tidak datang dengan senapang dan pedang. Sebaliknya hanya datang dengan minda dan pen.

Namun, kita tewas untuk mendepani mereka. Kita kalah pada pusingan pertama lagi. Kita dijaguhkan hanya di kampung dusun sahaja. Kita tidak pernah dibawa untuk bertanding di pentas antarabangsa bagi mendepani situasi yang amat mencabar minda ini.

Sayang sekali. Sistem pendidikan kita tidak menuju ke arah itu.

Tuesday, May 22, 2012

Kaum Luth Kembali Lagi

Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian. Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut. Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya. (mkin, Mei 22, 2012)

Negara kita tidak pernah sunyi dengan satu selepas satu isu yang menjejaskan aqidah umat Islam. Ini secara tak langsung meletakkan Jakim dan menterinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom berada pada situasi yang terhuyung-hayang.

Masakan tidak, lantaran soal agama hanya berapa kerat sahaja dari kalangan mereka yang berani untuk tampil berhujjah.

Untuk bercakap di dalam pejabat Jakim secara tertutup amat senang. Jika berani, jemputlah Irshad Manji itu ke pejabat dan berbahas dengannya sebelum beliau begitu berani membuat sidang akhbar terbuka untuk melariskan bukunya.

Keuntungan satu hal, tetapi yang lebih parah lagi ialah idea yang hendak dijualnya itu. Sudah pasti penggemar kepada seks bebas akan berduyung-duyung mempertahankan beliau.

Kalau himpunan BERSIH, amat cepat bertindak, dikerah segala kelengkapan yang ada dan anggota keselamatan dari seluruh pelusuk negara. Namun, apabila berdepan dengan gegaran aqidah, mana pergi pejuang agama ala UMNO, menikus dan membisu seribu kata seribu bahasa seribu idea terbeku.

Tolonglah, kamu ada kuasa. Kami kumpulan marahain hanya mampu mengulas dari jauh.


Konsep Wasatiyyah



قال تعالى : "وكذلك جعلناكم أمة وسطا". (البقرة : 143)
المعنى : وكما أن الكعبة وسط الأرض كذلك جعلناكم أمة وسطا، أي جعلناكم دون الأنبياء وفوق الأمم. الوسط : العدل.
وروى الترمذي عن أبي سعيد الخدري عن النبي (ص) في قوله تعالى : "وكذلك جعلناكم أمة وسطا"، فال : عدلا. قال : هذا حديث حسن صحيح.
وفي التنزيل : "قال أوسطهم" (القلم : 28) أي أعدلهم وخيرهم.
وفي الحديث : "خير الأمور أوسطها".
وفيه عن علي (ض) : "عليكم بالنمط الأوسط، فإليه ينزل العالي، وإليه يرتفع النازل".
(الجامع لأحكام القرءان للإمام القرطبي، ص 104-105)

Ummah wasatiyyah akan menjadi saksi ke atas ummah manusia keseluruhannya bagi menentukan keadilan dan kesaksamaan sejagat. Ummah tersebut berupaya meletakktan sistem nilai pada tempat yang sepatutnya, juga mampu memberi pandangan serta memperbetulkan keadaan dengan benar : ini benar dan yang ini salah.

Ummah wasatiyyah adalah ummah yang saling lengkap-melengkapi makna kesederhana dalam pelbagai sudut kehidupan. Contohnya :

Wasatiyyah dari sudut Pegangan – Tidak melampaui dalam urusan kerohanian dan tidak pula melampaui pula dari sudut kebendaan.  Sebaliknya mengikut pertengahan antara tuntutan kerohanian dan tuntutan kebendaan.

Wasatiyyah dari sudut Pandangan – Sentiasa berusaha untuk mencari pandangan yang terbaik. Bagi mereka, hikmah adalah perkara yang tersembunyi bagi orang-orang beriman, mereka berhak memperolehinya jika dijumpai.

Wasatiyyah dari sudut Hubungan – Tidak mencairkan jati diri dan tidak pula menyusahkan jamaah.
                    ( Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran, jld 1, ms 130-131)

Berdasarkan kepada dua pandangan ulama silam dan moden ini menjelaskan kepada kita bahawa makna wasatiyyah ialah bersederhanaan dalam semua pekara yang melandasi kehidupan.

Cuma dibimbangi salah faham terhadap wasatiyyah seperti mengatakan : bersederhana dalam beragama itu memnungkinkan seseorang itu mendedahkan auratnya atau mendirikan solat fardhu ikut kesesuaian masa. Jika sibuk diabaikan solat, dan jika berkelapangan baharulah mendirikan solat.

Begitu juga bersederhana dalam bekerja dengan melakukannya secara ala kadar. Sedangkan Islam telah menyarankan  kepada kita apabila bekerja hendaklah melakukannya secara ‘itqan’ iaitu terbaik.

Dibimbangi juga terjemahan wasatiyyah itu hanya bermaksud sederhana, Sedangkan maksud wasatiyyah itu juga membawa makna yang terbaik dan yang teradil.

Juga dikhuatiri wasatiyyah yang hendak UMNO pamerkan tidak memenuhi makna yang sebenarnya. Sekadar pandangan dan teori semata-mata. Sedangkan yang terhidang di depan mata dan di dada akhbar, perebutan jawatan, perebutan tender, perebutan nama dan pangkat serta sebagainya. Ini langsung tidak membayangkan wasatiyyah yang dikehendaki Islam.

Situasi ini samalah dengan mengajar anak-anak mengenai rukun solat. Bermula daripada berdiri betul sehinggalah memberi salam dan tertib. Namun, si guru tadi apabila menghuraikan cara berdiri betul dalam solat, maka ditunjukkan kepada anak-anak berdiri sengget pula. Ketika ruku’ pula ditunjukkan cara ruku’ yang salah. Bagaimana anak-anak akan dapat memahami makna sebenar rukun solat tersebut.

Sedangkan nabi saw telah bersabda : Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku bersolat. Bermakna, kebenaran bersolat itu hendaklah dicapai menerusi apa yang telah disaranklan oleh nabi saw. Ini termasuklah rukun yang tersurat dan tersirat.

Sebaliknya, jika hanya diminta bersolat, huraian rukun pun tidak lengkap, maka janganlah marahkan rakyat jika rakyat tidak menyokong dek kerana ajaran yang diajar tidak sempurna, contoh yang dipamerkan tidak lengkap, begitulah juga falsafah di sebalik amalan tersebut jauh tersasar.

Oleh itu, tiada hairan sekiranya apa yang dirancangkan tidak mencapai objektif sebenar. Hanya indah pada nama sahaja. Lantaran penjelasan wasatiyyah tadi tidak dikepilkan bersama pelan pelaksanaannya. Hanya sekadar berteori semata-mata.

Wasatiyah : Indahnya Teori

Islam merupakan agama syumul yang mementingkan konsep wasatiyah atau keseimbangan yang terbaik dalam setiap juzuk kehidupan umat manusia, ia mencakupi semua nilai-nilai yang terkandung dalam akidah, syariah, akhlak, politik dan sosio ekonomi yang saling berkaitan antara satu sama lain.(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam mstar, April 6, 2012).
Apakah konsep wasatiyah yang hendak diketengahkan oleh UMNO ?
Adakah wasatiyah itu berlandaskan Islam atau wasatiyah beracuankan UMNO ?
 Kenapa pula menggunakan istilah wasatiyah ?
Adakah ianya bertujuan untuk mengalih fahaman ummah daripada wasatiyah anjuran Islam kepada wasatiyah ala Islam bermiripkan UMNO ?
Jika benar hendak diterapkan nilai tersebut, maka adakah nilai wasatiyah itu hanya untuk amalan rakyat jelata, dan tidak pula para pimpinan atasan ?

Inilah bezanya Islam bawaan UMNO berbanding Islam bawaan Nabi saw. Rasulullah saw mengajar para sabahabat ra tentang Islam dan bersama-sama para sahabat untuk beramal dengannya. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah di medan jihad. Dalam urusan berumahtangga hinggalah kepada urusan pentadbiran negara.
Para sahabat ra lapar
rasulullah saw juga turut berlapar
galian parit khandak sebagai lapangan sasar

Rasulullah saw hidup bersama isteri-isteri baginda dalam suasana yang cukup sederhana. Apakah Rasulullah saw tidak mampu untuk berbanglokan 4 ke 5 tingkat, sebagaimana mewahnya maharaja Rome ?

Rasulullah saw bersama para sahabat ra bagi merasa denyutan nadi ummahnya. Rasulullah saw bermandikan peluh bersama mereka ra demi menghayati mesej Islam. Saidatina Aisya ra menyifatkan baginda saw sebagai al-Quran yang bergerak.

sanggupkah kita berlapar ?
sanggupkah kita berpanas mentari ?
sanggupkah kita berbasahkan hujan ?

untuk bercakap
lembut lidah dari tulang

usahlah kita berwayang kulit
usahlah kita berseni drama
usahlah juga berlakon pentas

kerana rakyat sentiasa melihat
kerana rakyat sentiasa menilai
kerana rakyat sentiasa membanding
membandingkan kehidupan mereka dengan kelompok atasan

nota : Gambar rumah Tuan Guru Nik Aziz

Buku Irshad Manji : Lepas dan Terlepas

"Tindakan untuk pengharaman buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi PANDANGAN kepada KDN dan berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN untuk buku ni diambil tindakan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (mkin, Mei 20, 2012)

Sedih, sedih dan sedih. Itulah agaknya ungakapan yang sesuai diluahkan. Luahan itu kepada siapa? Entahlah...

Inilah negaraku tercinta. Apabila berkaitan dengan agama, maka katanya kita tiada kuasa, kuasa tersebut terletak di bawah pengawasan KDN.

Adakah title Islam yang ada pada Jakim hanya sekadar hiasan ? Cukupkah Islam itu hanya sekadar memberi pandangan dan langsung tiada ruang untuk bertindak? Kalau untuk memberi pandangan, pak cik- pak cik kedai kopi lagi banyak pandangan.

Rentetan itu, tolonglah jangan bertutur semacam perahu kehilangan arah. Sekejap bergerak ke kiri, sekejap pula bergerak ke kanan. Apabila berdayung, mudiklah perahu itu, apabila berhenti, hayutlah ia dibawa arus.
Islam bukan mengikut arus seperti yang diungkapkan oleh Dr. Mohd IQbal, salah seorang pemikir Islam moden. Kedatangan Islam untuk mengurus, bukannya untuk diurus. Islam itu di atas, tiada satupun yang mampu mengatasinya.

Namun, kita di Malaysia, seolah-olah atau sebetulnya Islam itu dsekadar melukut di tepi gantang. Asal ada bertenggek, cukup dan memadailah.

Cuba hayati surah al-‘Adiyaat. Bagamana kuda yang mendapat pujian Allah swt itu bergerak pantas sehingga memercikkan bebunga api pada kakinya, bergerak seawall pagi dan menentang musuh pula ditengah-tengah. ( فوسطن به جمعا )

Merujuk tajuk di atas, saya begitu hairan bagaimana buku tersebut boleh dibawa masuk secara berkala banyak ? Kalaulah dicetak di dalam negara, bagaimana pula ianya boleh diedarkan secara meluas tanpa kebenaran KDN ?

Saya ingin buat kesimpulan ringkas, banyakkan bertindak dari  berkata-kata, kerana untuk berkata-kata tidak perlu kepada kuasa. Namun untuk bertindak, kita perlukan kuasa. Sedangkan Jakim ada kuasa itu, bosnya pula bertaraf menteri. Atau sekurang-kurangnya bekerjasama dengan KDN bagi membenteras penularan tersebut. Usah cakap berdegar-degar, hanya keluarkan habuk sahaja, hasilnya tiada.

Monday, May 21, 2012

Lagi-lagi Duri-an Runtuh


Berita Harian (19 Mei 2012) melaporkan mulai bulan depan 4,374 buah sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas RM987.1 juta secara berperingkat. Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika berucap di PWTC semalam.

Saya sebagai guru dan juga rakyat bawahan memang menanti-nanti saat-saat hari kebahagian ini. Bahagia kerana TPM amat
prihatin terhadap kesukaran anak-anak kita dalam menuntut ilmu. Juga bahagia lantaran peruntukan begitu besar di hala ke bidang pendidikan.

Bukannya mudah untuk menerima belanja sebanyak itu. Lebih-lebih lagi dalam situasi yang menekankan perbelanjaan berhemah.

Adakah ini tanda-tanda besar akan berlakunya pilihan raya ?

Saya tegaskan di sini, berkemungkinan besar tidak.

Peruntukan ini adalah berdasarkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib anak-anak kita. Tambahan pula sempena meraikan sambutan Hari Guru. Anggaplah ia sebagai hadiah untuk para guru yang sedikit sebanyak akan dapat memberi keselesaan dan ruang pernafasan baharu bagi mereka.

Syabas dan tahniah kepada tuan menteri pelajaran.

Thursday, May 17, 2012

Tips Keluarga Bahagia Berteraskan Al-Quran

1) Tahu Matlamat
Al-Quran menggariskan matlamat utama daripada perkongsian hidup adalah untuk berpasang-pasangan bagi berkongsi sama susah-senang, suka-duka, pahit-manis kehidupan. Ianya berupa kasih-sayang, anak-anak, tempat tinggal dan harta dan kenderaan.
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 187 :
£`èd Ó¨$t6Ï9 öNä3©9 öNçFRr&ur Ó¨$t6Ï9 £`ßg©9 3
187 ... isteri-isteri kamu adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka...
2) Tunai Amanah
Al-Quran meletakkan posisi lelaki lebih ke hadapan berbanding kaum hawa, lalu dilantik sebagai ketua keluarga, lebih menerima harta pusaka sebagai pewaris tanggungjawab, lebih berdaya tahan sebagai tempat mencurah isi hati dan perasaan.
Firman Allah swt dalam surah al-Furqan, ayat 74 :
$oYù=yèô_$#ur šúüÉ)­FßJù=Ï9 $·B$tBÎ) ÇÐÍÈ
74.  ...dan jadikanlah kami imam (ketua)  bagi orang-orang yang bertaqwa.
3) Timbang tara
Al-Quran menuntut pasangan suami dan isteri agar lebihkan persefahaman, tingkatkan keintiman, garapkan kesepaduan demi menjaga kerukunan rumah-tangga yang dibina.
Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’, ayat 19 :
£`èdrçŽÅ°$tãur Å$rã÷èyJø9$$Î/ 4 bÎ*sù £`èdqßJçF÷d̍x.
 #Ó|¤yèsù br& (#qèdtõ3s? $\«øx© Ÿ@yèøgsur ª!$# ÏmŠÏù #ZŽöyz #ZŽÏWŸ2 ÇÊÒÈ
19. ... dan bergaullah dengan mereka secara baik. Sekiranya kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah),karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

4) Terapkan Budaya Quranik
Sentiasa menjadikan al-Quran amalan hidup bekeluarga. Samada dalam bentuk hafalan, pembacaan, pengajian dan juga pengamalan. Rumah tangga yang dihiasi ayat-ayat Allah akan mendapat limpahan rahmat Ilahi dan para malaikat pula akan sentiasa mendoakan kebahagian mereka.
Firman Allah swt dalam surah al-Anfaal, ayat 2 :
#sŒÎ)ur ôMuÎ=è? öNÍköŽn=tã ¼çmçG»tƒ#uä öNåkøEyŠ#y $YZ»yJƒÎ) 4n?tãur óOÎgÎn/u tbqè=©.uqtGtƒ ÇËÈ
2.  ... dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
5) Takutkan Allah
Hidupkan dalam diri kita perasaan sentiasa takutkan Allah swt lantaran lemahnya daya kita, tiada upayanya kita dalam mendepani tanggungjawab untuk mengurus rumahtangga. Takutkan Allah swt menjadikan kita sentiasa ingin mendampingi Allah Yang Maha Berkuasa ke atas sekalian hamba-hambaNya. Perasaan tersebut membawa kita kepada sentiasa berdoa dan amat-amat berharap keampunan dariNya.
Firman Allah swt dalam surah al-Anfaal, ayat 2 :
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3|¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR ÇÏÈ
6.  Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka ...