Islam merupakan agama syumul yang mementingkan konsep wasatiyah atau keseimbangan yang terbaik dalam setiap juzuk kehidupan umat manusia, ia mencakupi semua nilai-nilai yang terkandung dalam akidah, syariah, akhlak, politik dan sosio ekonomi yang saling berkaitan antara satu sama lain.(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam mstar, April 6, 2012).
Apakah konsep wasatiyah yang hendak diketengahkan oleh UMNO ?
Adakah wasatiyah itu berlandaskan Islam atau wasatiyah beracuankan UMNO ?
Kenapa pula menggunakan istilah wasatiyah ?
Adakah ianya bertujuan untuk mengalih fahaman ummah daripada wasatiyah anjuran Islam kepada wasatiyah ala Islam bermiripkan UMNO ?
Jika benar hendak diterapkan nilai tersebut, maka adakah nilai wasatiyah itu hanya untuk amalan rakyat jelata, dan tidak pula para pimpinan atasan ?
Inilah bezanya Islam bawaan UMNO berbanding Islam bawaan Nabi saw. Rasulullah saw mengajar para sabahabat ra tentang Islam dan bersama-sama para sahabat untuk beramal dengannya. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah di medan jihad. Dalam urusan berumahtangga hinggalah kepada urusan pentadbiran negara.
Para sahabat ra lapar
rasulullah saw juga turut berlapar
galian parit khandak sebagai lapangan sasar
Rasulullah saw hidup bersama isteri-isteri baginda dalam suasana yang cukup sederhana. Apakah Rasulullah saw tidak mampu untuk berbanglokan 4 ke 5 tingkat, sebagaimana mewahnya maharaja Rome ?
Rasulullah saw bersama para sahabat ra bagi merasa denyutan nadi ummahnya. Rasulullah saw bermandikan peluh bersama mereka ra demi menghayati mesej Islam. Saidatina Aisya ra menyifatkan baginda saw sebagai al-Quran yang bergerak.
sanggupkah kita berlapar ?
sanggupkah kita berpanas mentari ?
sanggupkah kita berbasahkan hujan ?
untuk bercakap
lembut lidah dari tulang
usahlah kita berwayang kulit
usahlah kita berseni drama
usahlah juga berlakon pentas
kerana rakyat sentiasa melihat
kerana rakyat sentiasa menilai
kerana rakyat sentiasa membanding
membandingkan kehidupan mereka dengan kelompok atasan
nota : Gambar rumah Tuan Guru Nik Aziz
No comments:
Post a Comment