Monday, May 7, 2012

Jawapan Sudah Ada, Tunggu Jalan Cerita


Semasa saya di Sabah dahulu, saya bersama rakan-rakan pernah minum-minum di kedai mamak. Sebaik sahaja selesai minum, guru saya ust KU meminta pekerja restoran tersebut mengira kos yang kami makan dan minum.

Saya masih ingat lagi, harganya RM28.50. Apa yang menghairankan saya, pekerja ini, yang bercakap Melayu gaya mamak, bukan mengira jumlah tetapi me
nulis jumlah tersebut setelah dibuat satu garisan melintang atas kotak rokok yang sudah siap dipotong.

Setelah jumlah ditulis, baharulah pekerja tadi bertanyakan apa yang telah kami makan. Hairan sungguh. Bagaimanakah dia tahu jumlah tersebut sedangkan perincian makanan masih belum diketahui.

Apabila diminta kepastian tentang jumlahnya itui, mohon beliau membuat pengiraan sekali lagi. Nah, ternyata silap, tetapi meningkat kepada RM32.00. Lantas katanya, ini makanan sudah kira itu harga, apa mahu tanya lagi harga..?

Cerita ini agak kelakar, tetapi mempunyai maksud yang amat-amat mendalam.

Saya membuat andaian sebegitu kerana sudah banyak jalan cerita dan skrip yang telah dirancangkan berlaku. Samalah dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka semalam. Skrip bahawa perhimpunan itu ganas dan membawa kepada huru-hara, jelas berakhir dengan huru-hara rentetan daripada provokasi yang melampau.

Dari itu, penerbit dan pengarah kepada sketsa semalam perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Kenapa pula bertandang ke Sarawak dan yang satu lagi ke Sabah di kala rakyat ingin menyuarakan keadilan dan ketelusan ? Seeloknya turut sama ke Dataran Merdeka dan berdailog secara dua hala ? Bercakap sehala, semua orang boleh cakap hatta anak-anak ingusan pun selalu bercaka sorang2.

No comments:

Post a Comment