Friday, May 11, 2012

Semangat Orang Tua 1.0

Saya dilarang
ke Masjid Negara
melalui jejantas
Pasar Seni.

Makanya, saya terus
Duduk Bantah di situ.

Jelas tampaknya
taring siasah sudah
mula mencengkam
leher agama.

Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.

Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa.
(A Samad Said, BERSIH 3.0)
SEMANGAT ORANG TUA 2.0
Ada usaha bencikan kerajaan
kerana mereka ada kepentingan

namun rakyat bijak menentukan
pemimpin yang bijak ada keikhlasan
bagi  membangun negara idaman
dan membela nasib rakyat kesayangan

lantaran
sejarah telah membuktikan
memerintah negara ini dengan kebaikan
adalah pemerintah yang terbaik dan punya keikhlasan.
 (Dr Mahathir, BH Mei 2, ANTI BERSIH 3.0)
Demikianlah hebatnya kekuasaan. Kekuasaan yang ditakluki boleh mengatasi segala. Mampu mencengkam apa sahaja. Sanggup meratah sesiapa sahaja. Bagi penguasa, tiada lain, ingin kelihatan berbisa di mana sahaja berada.  Jangan sekali-kali dihalang atau dilintang, apatah lagi dicabar atau ditentang.
Namun sejarah telah menceritakan segala. Kuasa akan diatasi dengan kuasa. Tentera Jalut telah menghancurkan tentera Talut. Nabi Musa telah mengalahkan Maha Firaun, berjaya pula menawan bumi Palestine di bawah cengkaman pengganas Buktanasrin, begitu juga Nabi saw mampu menawan Farsi dan Rome.

Inilah kehebatan Islam
Islam tidak boleh ditentang
jika di tentang, ia akan melawan

Islam tidak pernah kalah
apatah lagi dikalahkan

Islam tidak boleh diperkotak-katikkan
Islam tidak boleh diperalatkan
Islam tidak boleh dibiarkan

Islam perlukan perjuangan
Islam menuntut kebebasan
kebebasan perhambaan sesama manusia
kepada kebebasan perhambaan hanya kepada Yang Esa.

No comments:

Post a Comment