Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak. (mkini, Mei 24, 2012)
Ini adalah contoh yang nyata bagaimana proses kerja yang dilaksanakan.Tahniah dan syabas diucapkan. Lantaran pantasnya bertindak dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas diisytiharkan HARAM.
Puji kena puji juga, tetapi kritikan pun kena sisip juga.
Semasa saya mengikuti kelas pengurusan di UMS suatu ketika dahulu, ada seorang pensyarah membawa satu contoh yang saya rasakan bersesuaian dengan rangsangan di atas.
Katanya, dalam sebuah estet terdapat ramai pekerja yang dimandurkan oleh seorang bos. Tiba-tiba, seorang pekerja meluru ke arah bosnya lalu memberitahu bahawa kucing kesayangan bosnya telah beranak pada awal pagi tadi. Ini sebagai jelmaan terhadap sikapnya yang ingin menunjuk-nunjuk kepada bosnya bahawa beliau adalah seorang yang amat prihatin.
Lalu bos itu bertanyakan beliau, “Berapa ekor anaknya?”. Pekerja tadi terus berlari menuju ke rumah bos untuk melihat berapa ekorkah anak kucing yang dilahirkan. Dalam keadaan tercungap-cungap, dia memberitahu bosnya, ada lima ekor kesemuanya.
Bosnya bertanyakan kepadanya lagi, “Berapa ekorkah jantan dan berapa ekorkah pula betinanya?”. Pekerja tersebut sekali lagi belari untuk meninjau berapakah bilangan jantan dan betinanya. Kemudia dia kembali dengan membawa berita tersebut.
Bosnya masih bertanyakannya lagi, “Apakah warnanya?”. Sekali lagi belarilah pekerja tersebut tanpa ada rasa lelah dan penat. Maklumlah, nak mengipas bos katakan. Walhal perkara tersebut tiada hubung kaitpun dengan bidang kerja sehariannya.
Selepas berlakunya larian dan perkhabaran itu, maka bosnya pula memberitahu kepadanya, “Inilah yang membezakan bos dan kulinya”. Seorang ketua yang bergelar bos akan melihat anak-anak kucing itu secara keseluruhan, dari segi bilangannya, jantinannya dan sebagainya. Sekali pergi sudah menjawab segala persoalan. Tetapi kuli akan tetap dengan tahap pemikiran kuli, penat belari, tercungap-cungap dibuatnya. Hasilnya sama.
Memang penat. Orang ramaipun mengatakan ianya memenatkan.
Lihatlah, angkara seorang individu menabur paku tekan di jalanraya, memaksa lapan orang pegawai untuk mengutipnya.
Rentetan itu, Islam mengajar kita untuk ‘problem solving’ dengan menangani isu pangkal dan pucuk. Pangkalnya ditahan, pucuknya pula dicantas. Penat kita seandainya kita asyik mencantas tunas-tunas baharu, sedangkan pangkalnya tidak dikorek buang.
No comments:
Post a Comment