Berita Harian (19 Mei 2012) melaporkan mulai bulan depan 4,374 buah sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas RM987.1 juta secara berperingkat. Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika berucap di PWTC semalam.
Saya sebagai guru dan juga rakyat bawahan memang menanti-nanti saat-saat hari kebahagian ini. Bahagia kerana TPM amat prihatin terhadap kesukaran anak-anak kita dalam menuntut ilmu. Juga bahagia lantaran peruntukan begitu besar di hala ke bidang pendidikan.
Bukannya mudah untuk menerima belanja sebanyak itu. Lebih-lebih lagi dalam situasi yang menekankan perbelanjaan berhemah.
Adakah ini tanda-tanda besar akan berlakunya pilihan raya ?
Saya tegaskan di sini, berkemungkinan besar tidak.
Peruntukan ini adalah berdasarkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib anak-anak kita. Tambahan pula sempena meraikan sambutan Hari Guru. Anggaplah ia sebagai hadiah untuk para guru yang sedikit sebanyak akan dapat memberi keselesaan dan ruang pernafasan baharu bagi mereka.
Syabas dan tahniah kepada tuan menteri pelajaran.

No comments:
Post a Comment