"Tindakan untuk pengharaman buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi PANDANGAN kepada KDN dan berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN untuk buku ni diambil tindakan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (mkin, Mei 20, 2012)
Sedih, sedih dan sedih. Itulah agaknya ungakapan yang sesuai diluahkan. Luahan itu kepada siapa? Entahlah...
Inilah negaraku tercinta. Apabila berkaitan dengan agama, maka katanya kita tiada kuasa, kuasa tersebut terletak di bawah pengawasan KDN.
Adakah title Islam yang ada pada Jakim hanya sekadar hiasan ? Cukupkah Islam itu hanya sekadar memberi pandangan dan langsung tiada ruang untuk bertindak? Kalau untuk memberi pandangan, pak cik- pak cik kedai kopi lagi banyak pandangan.
Rentetan itu, tolonglah jangan bertutur semacam perahu kehilangan arah. Sekejap bergerak ke kiri, sekejap pula bergerak ke kanan. Apabila berdayung, mudiklah perahu itu, apabila berhenti, hayutlah ia dibawa arus.
Islam bukan mengikut arus seperti yang diungkapkan oleh Dr. Mohd IQbal, salah seorang pemikir Islam moden. Kedatangan Islam untuk mengurus, bukannya untuk diurus. Islam itu di atas, tiada satupun yang mampu mengatasinya.
Namun, kita di Malaysia, seolah-olah atau sebetulnya Islam itu dsekadar melukut di tepi gantang. Asal ada bertenggek, cukup dan memadailah.
Cuba hayati surah al-‘Adiyaat. Bagamana kuda yang mendapat pujian Allah swt itu bergerak pantas sehingga memercikkan bebunga api pada kakinya, bergerak seawall pagi dan menentang musuh pula ditengah-tengah. ( فوسطن به جمعا )
Merujuk tajuk di atas, saya begitu hairan bagaimana buku tersebut boleh dibawa masuk secara berkala banyak ? Kalaulah dicetak di dalam negara, bagaimana pula ianya boleh diedarkan secara meluas tanpa kebenaran KDN ?
Saya ingin buat kesimpulan ringkas, banyakkan bertindak dari berkata-kata, kerana untuk berkata-kata tidak perlu kepada kuasa. Namun untuk bertindak, kita perlukan kuasa. Sedangkan Jakim ada kuasa itu, bosnya pula bertaraf menteri. Atau sekurang-kurangnya bekerjasama dengan KDN bagi membenteras penularan tersebut. Usah cakap berdegar-degar, hanya keluarkan habuk sahaja, hasilnya tiada.
No comments:
Post a Comment