Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. (mkini, Mei 15, 2012)
Pepatah Arab ada menyebut (يعرف الذهب عند امتحانه، والرجل في آلامه) yang bermaksud : Mengenali ketulenan emas apabila diuji, manakala untuk mengenali seseorang apabila dia dalam situasi tertekan (sakit atau marah).
Situasi tunjuk ‘punggung’ ini nampak macam kelakar, serius pun ada dan sedikit berbaur seksi.
Bagi budaya orang Melayu, punggung mempunyai impak yang besar dalam kehidupan. Ia adalah lambang kemarahan dan kebencian yang teramat sangat. Bagi penunjuk tersebut, dek kerana tiada keberanian dan tiada pula kejantanan, maka sambil berpaling dan tidak pula berani melawan, maka ditunjuknyalah punggung tersebut sambil berlalu pergi.
Bagi A Samad Said pula, punggung digunakan untuk duduk dan bantah. Apabila sudah berakar punggung itu, maka agak sukar untuk berganjak. Ini sebagai lambang apabila seseorang yang sudah tiada daya dan upaya lagi untuk melawan, maka tindakan akhirnya ialah duduk dan tidak berganjak dari situ. Untuk melawan tidak mampu, untuk melarikan diri, bimbang pula digelar pengecut dan hartanya pula akan dirampas.
Bagi pengamal perubatan Islam pula, punggung adalah salah satu daripada tempat jin bersarang dan membiak selain di hati dan juga di kepala. Orang yang sering terganggu hidupnya angkara jin akan melalui situasi ini. Seumpama sakit kepala yang teramat sangat dalam kala yang berulang. Terasa sebak di dada dan terkadang terasa sayu, pilu dan boleh menangis secara tiba-tiba. Bagi orang perempuan pula, akan terasa kesakitan yang teramat sangat di bahagian perut semacam senggugut dan pula bergerak-gerak. Hakikat sebenarnya jin itu telah bersarang di bahagian perut dan telah menjajah bahagian punggungnya.
Namun berlainan pula dengan kumpulan ini. Mereka begitu berani untuk menunjukkan sesuatu yang sepatutnya disembunyikan.
Moral kepada situasi ini, orang bijak akan bertindak menggunakan aqalnya, manakala yang kurang bijak akan bertindak melalui tingkahlakunya.
No comments:
Post a Comment