Friday, May 11, 2012

Doa Menghalau Jin

Mari kita ubah tajuk sedikit. Dari berdemo melawan penguasa kepada berdemo melawan jin saka. Kedua-duanya ada persamaan. Penguasa yang amat liat untuk melepaskan kuasa seumpama jin saka yang amat berat untuk meninggalkan tuannya.

Kisah tentang Jin Menora. Malam tadi saya menerima kunjungan seorang pesakit yang terganggu hidupnya angkara jin. Saya namakan jin itu sebagai Jin Menora kerana abapila diperdengar ayat-ayat suci, pesakit tersebut memulakan tarian menoranya.

Asasl usul menora ini datangnya dari bumi Siam. Diceritakan bahawa seorang raja dan isterinya mempunyai seorang puteri. Puteri tersebut mempunyai empat orang kakak angkat yang bertindak sebagai pelayan istana.

Nak dijadikan cerita, puteri raja itu telah dipilih untuk mengandung anak dewa. Apabila berita tersebut diketahui oleh raja, maka murkalah raja tersebut kerana puterinya hamil tanpa bapa, lantas bertindak menghalau puterinya dari istana bersama empat orang kakaknya itu.

 Mereka berlima keluar dari istana dengan menaiki rakit. Setelah beberapa tempoh berada di atas rakit sambil dipukul ombak, maka tibalah di sebuah pulau. Memandangkan kandungan tuan puteri telah membesar, maka lahirlah seorang putera. Setelah putera mencapai dewasa, beliau telah belajar menari dan mencipta tarian Menora secara bersendirian di tepi sungai supaya dapat melihat bayang beliau semasa menari di dalam air. Akhirnya tarian tersebut telah mendapat tempat dan terkenal pula di seluruh pelusuk Siam sehingga kini. Itulah ceritanya.

Jadi, malam tadi saya telah dapat mengikuti tarian tersebut secara dekat sedekat perhimpunan BERSIH 3.0. Apabila jin itu diarahkan keluar, ia tidak berganjak sebagaimana tidak berganjaknya peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Sehinggalah saya mengambil pendekatan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan doa menghalau jin tersebut.

Berikut adalah antara doa yang dibaca :

بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمدلله الذي خلق الإنسان من صلصال كالفخار وخلق الجان من مارج من نار.
عزمت عليكِ يا نجمة بنت الأحمر أينما كنت من مشارق الأرض ومغاربها فأتوني سامعين مطيعين لله رب العالمين.
أنت وأبوك طوعا أو كرها بالذي قال للسماوات والأرض ائتيا طوعا أو كرها قالتا أتينا طائعين.
أجيبي يا نجمة بنت الأحمر، أنت وخدامك وخدام أبيك.
النار اشتعلت عليكم اشتعالا والتهبت عليكم التهابا.
يا نجمة بنت الأحمر بحق الفلك والملك الغالب عليك أمره وعلى أبيك شمائيل،
وبحق قل هو الله أحد (الآية)،
وبحق قل أعوذ برب الفلق (الآية)،
وبحق قل أعوذ برب الناس (الآية)،
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها (3 مرات)
ألوحا ألوحا العجل العجل الساعة الساعة،
بارك الله فيكم وعليكم.
(Sumber : Ust. Hj. Abdul Halim Hj Mohd. Saud)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الذي خلق الإنسان من صلصال كالفخار وخلق الجان من مارج من نار
عزمت عليكِ يا نجمة بنت الأحمر أينما كنت من مشارق الأرض ومغاربها فأتوني سامعين مطيعين لله رب العالمين
أنت وأبوك طوعا أو كرها بالذي قال للسماوات والأرض ائتيا طوعا أو كرها قالتا أتينا طائعين
أجيبي يا نجمة بنت الأحمر، أنت وخدامك وخدام أبيك
النار اشتعلت عليكم اشتعالا والتهبت عليكم التهابا
يا نجمة بنت الأحمر بحق الفلك والملك الغالب عليك أمره وعلى أبيك شمائيل
وبحق قل هو الله أحد -الآية
وبحق قل أعوذ برب الفلق -الآية
وبحق قل أعوذ برب الناس -الآية
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها-3 مرات
الوحا الوحا العجل العجل الساعة الساعة
بارك الله فيكم وعليكم

No comments:

Post a Comment