Penerbit buku kontroversi Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis Kanada, Irshad Manji, berang dengan golongan yang menuntut pengharaman buku tersebut. Ezra Zaid dari syarikat ZI Publications berkata komen yang dilemparkan itu dibuat tanpa membaca buku berkenaan. Tambahnya, pengharaman buku itu akan meningkatkan lagi "kejahilan" dan bukannya mencetus perbincangan dan perdebatan. Ezra berucap di Kuala Lumpur hari ini ketika merasmikan buku Ampun Tuanku, karangan bapanya yang juga presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim.(Mei 22, 2012)
Kali kedua saya mengulas tentang penulis buku ini. Pada awal ulasan saya dahulu, saya sudah berandaian bahawa pelancaran buku beliau mesti ditunjangi oleh pihak yang ada kepentingan terhadap perjualan buku. Jika tidak, masakan beliau mendapat ruang dan peluang untuk berbuat demikian.
Kembali kepada buku tulisan beliau berdasarkan apa yang telah ditemuramahkan oleh wartawan Malaysiakini.
Bagi saya, pepatah Arab ada menyebut ( فاقد الشيء لا يعطيه ) yang bermaksud : Orang yang tiada sesuatu, tiada mungkin akan memberi sesuatu.
Justeru
orang yang tidak memahami Islam
bagaimana pula dia hendak memahamkan orang lain tentang Islam
orang yang tidak memahami hadis
mana mungkin dia hendak bercakap pasal hadis
orang yang kabur tentang sistem perundangan Islam
mustahil dia mampu bercakap tentang perundangan Islam
Untuk apa
kita memberi ruang kepada sampah sarap bersarang di minda kita ?
Untuk apa
kita perlu membaca hasil karyanya apabila sudah jelas beliau menolak hadis ?
Untuk apa
kita berbuat sesuatu yang sudah jelas adanya percanggahan dengan Islam?
Oleh itu, saya berpendapat pihak Jakim mesti menjuarai situasi ini. Untuk disekat beliau telah mara, untuk dihalang beliau telahpun memasuki. Pengikutnya pula ramai dan mereka bersandarkan kepada prinsip kebebasan bersuara yang pincang.
Bagi mengadili situasi yang telah punah ini, dan hakikatnya di negara kita pun amat ramai yang mempunyai fahaman menolak hadis ini, bukan hanya hadis yang mereka tolak, bahkan al-Quran pun mereka juga menolaknya. Sistem perundangan Islampun mereka berkesampingkan.
Walhasil, inilah padahnya.
Satu lagi, kita amat kurang mereka yang berwibawa untuk berhujjah bagi mendepani golongan ini. Sistem pendidikan kita tidak banyak mengajar ke arah itu. Sistem pak turut yang mengakhiri fahaman dengan keakuran dan pantang melawan. Menerima dan menganggukkan kepala. Jika melawan, kurang ajar namanya.
Inilah warna-warni musuh yang mendatangi kita. Mereka tidak datang dengan senapang dan pedang. Sebaliknya hanya datang dengan minda dan pen.
Namun, kita tewas untuk mendepani mereka. Kita kalah pada pusingan pertama lagi. Kita dijaguhkan hanya di kampung dusun sahaja. Kita tidak pernah dibawa untuk bertanding di pentas antarabangsa bagi mendepani situasi yang amat mencabar minda ini.
Sayang sekali. Sistem pendidikan kita tidak menuju ke arah itu.
No comments:
Post a Comment