Friday, May 11, 2012

Mengapa BERSIH Perlu Disokong ?

Hari ini agak sibuk sedikit, tidak sempat untuk mengulas lanjut tentang himpunan BERSIH 3.0. Tambahan pula hati ini masih beremosi yang terkadang mempengaruhi minda untuk mencatat secara rasional sebagai terjahan ke atas laporan-laporan akhbar, siaran media dan juga rakan sahabat yang kontra dengan saya.

Pertama sekali, saya mengucapkan syukur kepada Allah swt yang telah memberI kesempatan masa dan tenaga sehinggakan saya mampu mengikuti perkembangan himpunan BERSIH 3.0 secara agak dekat. Ramai orang suka berandaian dan beragak-aganan yang akhirnya menimbulkan pelbagai analogi yang songsang.

Atas dasar itu, saya cuba menghampiri dan memahami perasaan para perserta dalam himpunan tersebut bagi mendapatkan aura sebenar mengapa mereka sanggup turun dari utara, selatan, timur dan barat tanah air untuk menyertai perhimpunann ini. Saya yakin, ianya bukan kerana Ambiga atau A. Samad Said ataupun juga suruhan tuan guru Nik Aziz secara total. Sebaliknya adalah kerana kehendak dalaman yang menuntut mereka bergerak dan berjuang demi untuk melihat keadilan di tanah air tercinta ini.

Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang bersefahaman dengan saya, begitu juga dengan rakan-rakan yang masih belum berada pada landasan di mana saya berada. Memang benar. Kemungkinan kita mempunyai tahap keilmuan yang sama. Kemungkinan juga kita mempunyai daya kekuatan memahami yang sama. Namun pada penghujung cerita kita telah berbeza dalam membuat kesimpulan yang betul dan benar.

Saya cuba sedaya mungkin unuk mebuat kesimpulan dari BERSIH 3.0 ini agar kita sentiasa mendapat bimbingan Ilahi, dan juga agar kita bertemu Rasulullah saw kelak dalam keadaan kita telah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Pertama - Kita sokong BERSIH kerana ia menuntut pembersihan dalam sistem pilihan raya yang dijalankan. Kita bukan berwala’kan Ambiga, kita bukan berwala’kan kepada orang bukan Islam, tetapi kita bersama mereka mencari keadilan dalam melaksanakan sistem pilihan raya di negara kita ini.


Kedua – UMNO telah gagal dalam menangani hasrat Islam bangsa Melayu. Usah bercakap tentang dakwah islamiah menerusi UMNO, mereka akan kata, ada aku kesah...kerana bagi mereka hiburanlah yang perlu didominasikan. Perhatikan apa menteri penerangan lakukan kepada siaran media, TV3 dan sebagainya. Bukankah hiburan menjadi tadahan hati untuk anak-anak remaja ? Di luar TV bercakap pasal akhlak muda-mudi, tetapi di dalam TV ditonjolkan apa sahaja hatta maruah diri anak remaja perempuan melayu kita dikoyak-robekkan.


Ketiga – Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memikul amanah pula. Bukti keberkesanan mereka dalam melangsaikan hutang negeri seperti Kedah umpamanya. Peningkatan hasilan negeri bertambah seperti Selangor misalannya.


Keempat – Kenapa kita takut untuk berubah, adakah perubahan itu membawa kepada kecelaruan, adakah perubahan itu membawa kepada ketenatan dalam pentadbiran, adakah perubahan itu tidak lagi memberi jaminan kepada bangsa kita ??? Sedarkah kita, tahap ketirisan negara yang terlalu tinggi, dengan kata lain, simpanan negara makin mengecut sedangkan pimpinan negara makin kaya raya..adakah kita membenarkan situasi ini terjadi di dalam negara kita ? Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Husni Mubarak di Mesir dengan rakyat yang mengemis, Zainal Abidin di Tunisia dan juga Bashar Asad di Syiria. Semua mereka ini perompak harta negara untu kekayaan anak dan bini serta cucu cicit mereka. Sanggupkah kita ?!

Kita sokong BERSIH
kita bukan sokong Ambiga
kita sokong BERSIH
kerana kita cinta keadilan dan keamanan sejagat

قال تعالى : "يأيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون"،
روى الحافظ بن عساكر في ترجمة عبدالله بن مبارك من طريق محمد بن إبراهيم بن أبي سكينة، قال : أملى علي عبدالله بن مبارك هذه الأبيات بطرسوس وودعته للخروج، وأنشدها معي إلى الفضيل بن عياض في سنة سبعين ومائة، وفي رواية سنة سبع وسبعين ومائة.يا عابد الحرمين لو أبصرتنا # لعلمت أنك في العبادة تلعب
من كان يخضب خده بدموعه # فنحورنا بدمائنا تتخضب
أو كان يتعب خيله في باطل # فخيولنا يوم الصبيحة تتعب
ريح العبير لكم ونحن عبيرنا # رهج السنابك والغبار الأطيب
ولقد أتانا من مقال نبينا # قول صحيح صادق لا يكذب
لا يستوي غبار خيل الله في # أنف امرئ ودخان نار تلهب
هذا كتاب الله ينطق بيننا # ليس الشهيد بميت لا يكذب
تفسير القرءان العظيم لابن كثر، ج 1 ص 672-673

No comments:

Post a Comment