Sunday, September 23, 2012

Sambutan 25 Tahun Aras Mega

Tahniah dan syabas diucapkan kepada syarikat penertbitan Aras Mega yang telah berjaya mendaulatkan ilmu-ilmu Islam dan juga bahasa Melayu.

Majlis dimulai dengan alunan tilawah al-Quran yang disampaikan oleh Qari Wilayah Persekutuan, Ust Zainuddin Abd. Rahman yang amat menusuk qalbu.
Pengarah urusannya, Tn. Hj. Abd. Rahman bin Abd. Karem selaku peneraju syarikat itu telah berjaya memimpin pasukan kerja ke arah mercu yang lebih bermega (besar) seperti yang diungkapkan oleh Dr. Awang Sariyan (Pengarah DBP) dalam ucaputamanya.

Saya berpeluang untuk bergambar kenangan bersama Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Ketua Pengarah Islam Hadhari, UKM.

Bersama Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof Othman

Pada masa yang sama juga, sempat bersua dengan sahabat-sahabat lama yang turut serta sebagai penulis buku.

Dari kiri berdiri : Ust. Zuhir, Ust Nawi, Ust. Din dan Ust. Shaikhan
dari kiri duduk : Ust Ridzuan dan Ust Nasaruddin

Pada majlis yang sama juga turut dilancarkan majalah "Inilah Islam" yang akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini.



Isu Tahlil

Semalam setelah selesai saya mengetuai bacaan tahlil, saya ditanyakan oleh seorang yang hadir dalam majlis tersebut mengenai kedudukan tahlil.

Katanya persoalan ini tercetus lantaran jawapan daripada seorang ustaz yang tersohor mengatakan bahawa pegangan kita berasaskan al-Quran dan al-Hadis. Mana-mana yang tiada bersumberkan kedua-dua ini, maka tidaklah menjadi kewajipan ke atas kita untuk beramal dengannya.

Tambah ustaz itu lagi, bagi saya, kalau dijemput bertahlil, maka saya lakukanlah. Namun, jika saya ingin lakukan secara sendirian, maka saya tidak akan lakukan.

Ulasan saya begini.

Pertama sekali saya tiada hasrat untuk mengomen ustaz tersebut, apatah lagi mengkritiknya. Ianya sekadar perkongsian ilmu.

Saya teramat bersetuju dengan beliau mengenai pegangan kita hanya berasaskan al-Quran dan al-Hadis. Cuma terkadang dan selalunya kita tiada berkeupayaan untuk berbuat demikian, dek kelemahan bahasa Arab kita, ketidak-mampuan kita untuk menguasai kaedah Usul Fiqh, ketidak-dayaan kita mengharungi perbahasan mendalam dalam sesuatu isu dari sudut hukum aqli dan naqlinya.

Usah dikatakan ilmu usul, hatta ulum yang berkaitan dengan al-Quran sendiripun masih belum ditamatkan secara berguru.  Asababul Nuzul, Tafsir al-Ahkam, Tafsir bil-Ra’yi, Tafsir Ma’thur, Nasakh Mansukh dan seumpamanya yang kebanyakan kita belum tamat secara sempurna lagi. Dari kecil ke tua, sibuk memfokuskan diri pada ilmu Tajweed sehingga tiada ruang untuk ulum yang lain.

Belum dicampurkan lagi dengan pecahan ulum al-Hadis, dari segi dirayahnya dan riwayahnya pun masih kita gagal menjejaki tapak laluan para ulama silam.

Andaikan begitu halnya, bermakna pegangan kita kepada al-Quran dan al-Hadis itu saya umpamakan sebagai memetik buah petai.  Bukannya senang untuk mengambil buah petai tersebut. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi memanjat, menjulur, memberanikan diri dan sanggup pula merisikokan nyawa demi segugus petai yang dicita.

Memang berulamkan petai membuka selera makan tengahari. Pada masa itu, kita telah terhidang di depan mata. Ambil 5 minit merenung sekejap betapa penat dan lelahnya para perungkas (pemanjat) petai sehinggakan sanggup menggadai nyawa untuk menatijahkan petai di meja makan.

Baik, kembali balik kepada perbahasan kita.

Isu tahlil adalah isu lama. Namun ia terkadang dikelirukan balik oleh sesetengan orang dengan katanya dialah lebih arif dari ulama silam yang menyediakan laluan untuk berbakti pada si mati.

Rujuk surah al-Hasyr (59:10) :
"..ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان .."
Yang bermaksud : “Ya Rabb, berilah keampunan kepada kami dan saudar-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu…”.

Bukankah jelas al-Quran mengajar kita agar berdoa bagi pihak rakan-rakan kita supaya diampunkan dosa?!

Cuma terkadang kita terlupakan diri sendiri apabila kita menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah si mati. Dari itu, al-Quran memandu arah agar kita juga diampun Ilahi sebagaimana Allah swt mengampunkan si mati.

Manakala dalam hadis pula terang-terangan mennyatakan apabila meninggalnya seseorang anak Adsa, maka terputuslah pahalan amalannya kecuali tiga perkara : Antaranya ialah doa daripada seorang anak yang soleh.

عن أبي هريرة (ض) أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : "إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له". (رواه مسلم)
Berdasarkan dalil daripada al-Quran dan al-Hadis tadi dapatlah disimpulkan bahawa berdoa kepada arwah si mati adalah dibolehkan dan dibenarkan. Bahkan amalan ini adalah merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis.

Adapun tahlil pula, Nabi saw menjelaskan dalam sebuah hadis lain :


عن أبي هريرة (ض) قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان على الميزان حبيبتان إلى الرحمن (سبحان الله وبحمده ، سبحان الله العظيم)"

Dalam hadis lain menerangkan sesiapa yang menyebut kata-kata syahadah akan masuk syurga.
هناك أحاديث تدل على من قال : لا إله إلا الله صدقا من قلبه دخل الجنة". (أخرجه أبو يعلى في مسنده)

Kita juga disuruh untuk berselawat ke atas Junjungan saw sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Ahzab (33:56) :

"إن الله وملائكته يصلون على النبي يأيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما".
Yang bermaksud : “Sesungguhnya Allag dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi saw, hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.

Ringkasnya, apa yang disusun para ulama kita yang silam adalah berdasarkan al-Quran dan al-Hadis dengan tujuan memberi kemudahan kepada kita untuk menyusurinya.

Dalam ungkapan lain, bertahlil adalah juga berdasarkan al-Quran dan al-Hadis daripada Nabi saw.  

والله أعلم


Saturday, September 22, 2012

Bertahlil di Ipoh

Baharu sahaja pulang dari Ipoh bersama keluarga dan ust Din selepas menunaikan hajat sahabat saya Hazriq sekeluarga untuk bertahlil sempena kembalinya arwah ayahandanya yang tercinta.

Ketibaan kami tepat jam 10 45 pagi, dan majlis pula telah dimulakan jam 11 pagi. Ramai jemputan yang hadir bagi berkongsi simpati atas pemergian ayahanda Hazriq sekeluarga. Semoga Hazriq yang kini sebagai ketua keluarga dapat menghadapi  tempoh mendatang dengan ketabahan dan kesabaran.

Suasana kehilangan yang amat sukar untuk diungkapkan, namun redupan mata menyaksikan segalanya.

Bagi mereka yang berada di kedudukannya sahaja mampu memahami perasaan tersebut. Saya ada sedikit pengalaman peribadi ketika saya kehilangan bapa seusia lapan tahun.

Rasanya tirai kehidupan tertutup rapat. Masa depan menjadi malap bertukar gelap.  

Pada masa yang gentir itu, kita tidak dapat berfikir secara waras dan hanya titisan air mata sahaja yang mampu menceritakan segalanya.

Benarlah apabila Islam mengganjarkan pahala yang amat besar bagi mereka yang mengusap kepala anak yatim, apatah lagi membantunya serta memberi perlindungan dan motivasi agar dapat meneruskan kehidupan sebagai insan hamba Ilahi.

Saya sekali lagi mendoakan Hazriq agar dapat menguatkan semangat dengan penuh ketabahan beserta kesabaran bagi meneruskan misi kehidupan yang ayahandanya tinggalkan.

Inilah kehidupan
ada kematian
sebagai permulaan
dalam perjalanan
yang tiada ketepian.

Amalkan al-Fatihah
alunkan Yaasin
wiridkan tahlil
itulah pendampingan
di kala kesusahan.

Saya sekali lagi mendoakan arwah Abg Hasan agar tenang di sana sementara menanti janji Tuhan kepada mereka yang beramal solehan.

Friday, September 21, 2012

Dari Celahan Demo Bantahan

==================== Sisipan Minda =====================
Selepas Jumaat tadi (21.09.2012), ribuan umat Islam melahirkan rasa marah dan bengang di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika atas penyiaran filem yang berunsur penghinaan kepada Nabi saw.

Saya tidak berkesempatan untuk hadir bersama mereka bagi melahirkan rasa rimas dan bosan dengan perangai mereka.

Sebenarnya di minda ini timbul pelbagai soalan yang kait mengait antara satu sama lain. Ada yang menghantar sms agar jangan menggunakan facebook dan google, ada pula yang melarang untuk mengakses you tube dan sebagainya.

Pada hakikatnya kedudukan kita dengan kelompok Yahudi ini bagaikan penyewa dengan tuan empunya rumah.

Tuan rumah menyediakan segala perabot yang ada, bermula dari kain lap kaki sehinggalah kepada kain cadar katil. Penyewa pula berlenggang perut masuk menginap dengan segalanya telah tersedia. Tanpa penat berfikir dan memerah otak, semua peralatan boleh diakses dan digunakan.

Kalau kita ingin menyenaraikan produk Yahudi, tak cukup muka surat untuk dibuat catatan. Bermula dari makanan, minuman, pakaian, kenderaan, peralatan elektronik dan segalanya termasuklah juga hotel-hotel mewah yang sebahagiannya telah ada di Tanah Haram.

Justeru, mereka selaku tuan rumah boleh buat apa sahaja kepada penyewa, kerana kita pengguna dan mereka pula pembekal.  Banyak keperluan harian kita adalah bergantung kepada bekalan mereka.

Lantaran itu, mereka mampu dan berani pula melakukan apa sahaja, kerana mereka ada kuasa, kerana mereka pengatur ekonomi dunia dan kerana mereka pencatur segala.

Keangkuhan mereka tiada tolak bandingnya. Apa yang mereka hairan dengan demonstrasi berair liur?, Apa yang mereka takut dengan membakar bendera Yahudi dan Amerika?.

Kelompok ini tidak takut kepada sesiapa. Kumpulan ini tidak menghiraukan keluhan bangsa yang terseksa. Spesies ini sanggup melakukan apa sahaja, hatta menghina Nabi kita saw.

Usah dikatakan Nabi kita saw, nabi yang diutuskan kepada merekapun mereka bangkang dan cakah. Nabi Musa as sering menerima ugutan dan ujian dari kaumnya yang berlagak sombong dan angkuh.

Dari itu, kita perlu mencari mekanisma yang baharu agar dapat bertindak sebagai tamparan dan henyutan padu yang membenakkan dada mereka.

Saya tahu, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, kita perlu berusaha menuju tujuan tersebut.

Induk kekuatan kita ialah ukhuwwah. Ikatan persaudaraan seagama mampu bertindak sebagai pemangkin untuk menjulang kenyataan itu. 

Kita mesti kembali bersatu dan berpadu atas dasar agama. Kita perlu tinggalkan perjuangan yang berteraskan darah daging dan lidah bahasa.

Kejayaan Rasulullah saw mengatasi kehebatan ahlil kitab ialah agama Islam yang disampaikan, bukannya atas dasar bahasa yang diungkapkan.

Jika ikutkan bahasa, Abu Jahal sebahasa dengan Nabi saw, tetapi beliau adalah antara pendominasi ulung untuk menghina Nabi saw.

Jika ikutkan darah daging, Abu Lahab seketurunan dengan Nabi saw, sedangkan beliau adalah pengkutuk Nabi saw yang terhebat sehinggakan al-Quran mencatat kutukan balas oleh Allah swt ke atasnya.

Ringkasnya, berpadulah kita dengan seikhlas hati, bukannya berpura-pura sebagai pejuang agama apabila ada point untuk diraih. Maka, bersongkoklah ia, berbelitkan kata-kata syahadah di kepala dan sebagainya, yang kesemuanya itu agar dipandang orang kita pejuang agama.

Sedarkah kita bahawa pejuang agama bukannya bertempat dan berketika. Islam mengajar kita agar sentiasa bersama agama, sentiasa meninggikan agama, hatta hidup mati kita hendaklah berpayungkan agama.

Usahlah hanya beragama di musim membajak. Kelak nanti dibilang orang kita kempunan upahan. Usahlah juga hanya beragama di musim kematian. Kelak nanti ditengok orang kita sudah ada kesedaran.

Bila di hujung musim, kita kembali menyiat keringat tanpa memperduli kelibat agama, terkadang kita merungut pasal agama, malah ada yang lebih teruk dengan mempersetankan agama.

Dari itu, jagalah Islam, pasti Islam akan menjaga kita. Bantulah Allah, pasti Allah swt akan membantu kita. Tolongkan Rasul-Nya, pasti kemenangan kan bertapak jua.


Mari Jadi Orang Kaya

==================== Sisipan Minda =====================
Semalam (20.09.2012), Malaysiakini ada melaporkan dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang  terkaya di Malaysia.

Laporan itu memetik data yang dikeluarkan oleh NGO yang berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion). Manakala kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.

Seandainya benar apa yang dituturkan, maka bersyukurlah kehadrat Ilahi yang telah memilih orang Islam berbangsa Melayu menjadi orang yang paling kaya di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengikut jejak langkahnya untuk menjadi rakan sekayanya.

Sebelum itu, mari kita memahami angka 1 bilion ini.

Ini adalah 0
tak dapat beli apa-apa
yang ini pula 10
dapat beli topup celcom

tambah dua kosong jadi 100
kalau tiga kosong sama dengan 1000
dapatlah bayar deposit rumah taman

1,000,000 ini satu juta
dapat beli rumah dua tingkat di Shah Alam
1,000,000,000 ini adalah satu billion
kalau 5 bilion dapat bina menara KLCC
jika 64 bilion
12 buah menara KLCC terbina

mari kita banding
rumah rakyat biasa
berstatus sederhana 200,000

kos 1 juta
menyelamatkan 5 keluarga sederhana
daripada bergelumang dengan hutang

kos 1 bilion pula
menyelamatkan 5 ribu keluarga sederhana
jika 64 bilion
mampu menampung  lebih 300 ribu keluarga

dengan kos sebanyak itu juga
mampu mengurus negeri Selangor
selama 50 tahun menggunakan duit sakunya

Bajet 2011 kerajaan kita ialah 212 bilion
bermakna 4 bulan pertama negara kita boleh diuruskan dari poket seorang ketua menteri

Persoalannya, mengapa kita suka menjadi kaya dan terimpikan kekayaan ?

Sudah pasti kekayaan itu berkait rapat dengan kekuasaan, pangkat dan darjat.  Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah (2:247) :
"ونحن أحق بالملك منه ولم يؤت سعة من المال.."
Yang bermaksud : “Dan kami adalah lebih berhak dilantik memegang kekuasaan (raja) berbanding dia (Talut) kerana beliau tidak memiliki harta yang cukup banyak”.

Bedasarkan kehendak nafsu yang kesemua kita tidak akan terlepas darinya kecuali mereka yang telah dikikis bersih daripada godaan tersebut.  Firman Allah swt dalam surah Yusuf (12:53) :
"إن النفس لأمارة بالسوء إلا ما رحم ربي.."
Yang bermaksud : “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi-rahmatkan oleh Tuhanku”.

Tanpa menafikan bahawa kita berhajatkan kepada kekayaan sepertimana yang diungkapkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi (فقه أولويات  ) sekadar mencukupkan kehendak kehidupan, dan jika terlebih ianya akan membawa kepada kemudharatan seumpama mudharatnya ratahan seekor serigala yang lapar ke atas kambing-kambing yang  tiada bertuan.

Lihatlah watak mereka yang merasakan harta adalah segala-galanya sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Naml (27:36) :
"فلما جاء سليمان قال أتمدونن بمال.."
Yang bermaksud : “Maka tatkala utusan itu sampai kepada nabi Sulaiman lalu nabi Sulaiman berkata : “Apakah (patut) kamu menyuapkan aku dengan harta?”

Justeru, Nabi kita saw sentiasa mengingatkan kita agar berhati-hati dengan pangkat dan darjat, agar kita tidak mengayakan diri kita tanpa mengindahkan rakyat jelata. Sabdanya Nabi saw :

حَدَّثَنَا ‏أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ،‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ،‏ ‏عَنْ ‏‏سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، ‏عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ،
‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏قَالَ :‏"‏إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتْ الْفَاطِمَةُ". (صحيح البخاري)

Yang bermaksud : “Sesungguhnya kamu berusaha (berhasrat) menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Qiamat kelak, sebaik-baik orang menyusu dan seburuk-buruk orang yang terpisah susu(kiasan)”.

Nabi saw mengumpamakan orang yang cintakan pangkat dan darjat bagaikan seorang bayi yang begitu asyik menyusu susu ibunya dengan memperolehi kenikmatan sementara, dan nanti apabila telah terpisah kelak (mati) maka hilanglah segala-galanya.

Dari itu, orang yang bijak ialah mereka yang memberi fokus kepada kenikmatan yang kekal abadi berbanding kenikmatan seketika yang sudah pasti kelak akan ditinggalkan jua.

Jika diamati dengan mata hati, harta yang kita timbunkan itu adalah bukannya milik kita secara mutlak. Ia akan diwariskan daripada seorang ayah kepada anaknya untuk disampaikan kepada cucunya lalu dimiliki oleh cicitnya. Begitulah seterusnya. Akhirnya nanti, Allah swt jua pemilik segalanya. Firman Allah swt dalam surah AliImran (3:180) :
"ولله ميراث السماوات والأرض.."
Yang bermaksud : “Dan bagi Allah swt jualah Pemilik khazanah petala langit dan bumi..”

Jika situasi ini menyedarkan kita, sudah pasti kita tidak akan mendabik dada menongkat langit untuk menyatakan bahawa : “Harta ini aku yang punya”. 

Firman Allah swt lagi dalam surah Al-Nur (24:33) :
"..وآتوهم من مال الله الذي آتاكم.."
Yang bermaksud : “..dan berikanlah kepada mereka sebahagian daripada harta milik Allah yang dikurniakan-Nya kepada kamu..”

Rentetan itu, marilah kita menjadi seorang yang kaya lagi dermawan. Marilah juga kita bermohon kehadhrat Ilahi agar menjauhkan diri kita dari kelompok yang telah dikayakan Allah sebagai umpan ( استدراج ) di mata kail, kelak nanti harta yang terhimpun itu memakan diri sendiri. Spesies ini tidak akan sedar sehinggalah mereka dibawa ke tanah perkuburan yang hanya berselimutkan kain kafan dan keranda.

Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua.


Thursday, September 20, 2012

21- Jom Mengaji Arab - Nahu


1-           الـمَبْنِيُّ مِن الأفْعَالِ
هُو الذّي لا يَتَغَيَّرُ شَكْلُ أخِرِها بِتَغَيُّرِ مَوْقِعِها فِي الكَلامِ.
الفِعْلُ الـمَاضِي
الفِعْلِ الـمُضَارِعِ
فِعْلُ الأمْرِ
كُلُّهَا
إذَا اتْصَلَتْ بِهِ نُونُ النِّسْوَةِ أو نُونُ التَّوكِيدِ.
كُلُّهَا
ذَهَبَ
يَذْهَبْنَ / يَذْهَبَنَّ
اذْهَبْ

2-           الـمُعْرَبُ مِن الفِعْلِ الـمُضارِعِ
فَهُو الذّي يَتَغَيَّرُ شَكْلُ أخِرِها بِتَغَيُّرِ مَوْقِعِها فِي الكَلامِ.
حَالاتُهُ
أدْواتُهُ
أمْثِلَتُهُ
مَرفوعٌ
-
أكْتُبُ الدّرْسَ
مَنصوبٌ
أنْ – لَنْ – إذَن – كَي
أنْ يَكْتُبَ الدّرْسَ خَيْرٌ لَكَ
مَجْرورٌ
لَمْ – لَمّا – لام الأمْرِ – لا النّاهِية
لا تَكْتُبْ هَذا

3-           عَلامَاتُ الإعْرابِ لِلفِعْلِ الـمُضارِعِ
أنْواعُهُ
مَرفُوعٌ
مَنصوبٌ
مَجزومٌ
أنيت (أفْعَلُ-نَفْعَلُ-يَفْعَلُ-تَفْعَلُ)
الضَمَّةُ
الفَتْحَةُ
السّكُونُ
الأفْعَالُ الـخَمْسَةُ
ثُبُوتُ النّونِ

حَذْفُ النّونِ
  

4-           الأفْعَالُ الـخَمْسَةُ
تـ
+
فعلـ
+
ان
يـ
+

+
ون



+
ين

            تَفْعَلانِ       تَفْعَلُونَ        تَفْعَلِيْنَ       يَفْعَلانِ         يَفْعَلُونَ