BAHAGIAN-BAHAGIAN TAFSIR
Ø Tafsir Ma’thur (tafsir bi riwayah / tafsir bi naqli)
Ø Tafsir bi Ra’yi (tafsir bi dirayah / tafsir bil aqli)
Ø Tafsir Sufi
Tafsir Bil Ma’thur :
Ø Merujuk kepada al-Quran, Al-Sunnah dan pendapat para sahabat / tabiin.
Ø Penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri.
Ø Penafsiran al-Quran berpandukan hadis sahih.
Ø Penafsiran al-Quran dengan merujuk kepada riwayat para sahabat memandangkan mereka adalah golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran.
SYARAT TAFSIR MA’THUR
Ø Ilmu yang cukup
Ø Tahu sunnah nabi saw
Ø Faham kata-kata para sahabat dan tabiin
Ø Mampu himpun dua nas yang berbeza
Ø Tahu asbab nuzul
Ø Tahu ayat nasakh dan mansukh
Ø Tidak bersandar dengan riwayat israiliyyat
Tafsir al-Quran dengan al-Quran :
Ø Ayat ringkas ditafsir dengan jelas pada ayat lain.
Ø Contoh :
(مالك يوم الدين) الفاتحة :4
(وما أدراك ما يوم الدين. ثم ما أدراك ما يوم الدين. يوم لا تملك نفس لنفس شيئا والأمر يومئذ لله). الانفطار 17-19
Tafsir al-Quran dengan al-Sunnah :
Ø Rasulullah saw adalah manusia yang paling layak untuk mentafsirkan al-Quran.
Ø Contoh :
(فأما من أوتي كتابه بيمينه. فسوف يحاسب حسابا يسيرا. وينقلب إلى أهله مسرورا).
الانشقاق 7-9
(ومَنْ نوقِشَ الحسابُ عُذِّبَ) الحديث
Tafsir al-Quran dengan Pandangan Sahabat :
Ø Para sahabat merupakan golongan yang sentiasa bersama Rasulullah saw dan mendapat maklumat secara langsung dari Baginda saw.
Ø Contoh :
(أولم ير الذين كفروا أن السماوات والأرض كانتا رتقا ففتقناهما وجعلنا من الماء كل شيء حي أفلا يؤمنون). الأنبياء : 30
Ø Ibn Abbas : Langit yang tiada hujan dan bumi yang tiada tumbuhan.
Tafsir al-Quran dengan Pandangan Tabi’in :
Ø Berbeza pendapat bahawa pandangan tabi’in dikategirikan sebagai tafsir ma’thur.
Ø Contoh :
(واعبد ربك حتى يأتيك اليقين). الحجر : 99
Ø Mujahid, Ibn Munzir, Ibn abi Hatim : al-yaqin : maut.
TAFSIR BI RA’YI :
Ø Ialah tafsir yang menggunakan aqal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat al-Quran.
Ø Menggunakan ilmu yang ada tanpa terikat dengan pandangan sahabat dan para tabi’in.
Ø Berkembang luas pada zaman Bani ‘Abbasiah seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu.
Mengikut Imam Al-Zarkasyi :
Ø Dinaqalkan dari Rasulullah saw
Ø Mengambil riwayat yang sahih
Ø Berpegang dengan bahasa Arab
Ø Berpegang pada makna yang sesuai dengan bahasa Arab dan syara’.
SYARAT TAFSIR BI RA’YI
Ø Tahu bahasa arab
Ø Tahu balaghah
Ø Tahu usul fiqh
Ø Tahu ilmu qiraat
Ø Ilmu yang cukup
Ø Tahu asbab nuzul
Ø Tahu ayat nasakh dan mansukh
Ø Kelebihan ilmu anugerah ilahi
Imam Al-Suyuti :
Ø Ilmu yang disebutkan tadi adalah merupakan alat yang perlu dimiliki oleh seseorang ahli tafsir.
Ø Tanpanya, dia terdedah kepada pengaruh hawa nafsu yang diharamkan.
Ø Contoh :
(خلق الإنسان من علق) العلق :2
Ø ‘Alaq diterjemahkan segumpal darah beku, meskipun dalam sighah jama’, mufradnya ialah ‘alaqah.
(يوم ندعو كل أناس بإمامهم) الإسراء : 71
Ø Imam diterjemahkan ibu-ibu, sebenarnya imam di sini ialah nabi yang menjadi pemimpin kepada sesuatu umat itu.
TAFSIR SUFI / ISYARI
Ø Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.
Ø Yang zahir – mudah difahami oleh aqal
Ø Yang batin – mempunyai isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya sahaja.
Ø Al-Zahabi : Tafsir Isyari bermaksud menta’wilkan sesuatu ayat dengan tidak berpandukan kepada kenyataan zahir ayat disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasauf dan penta’wilan itu mempunyai titik persamaan dengan maksud zahir ayat.
Ø Contoh :
(فلا تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون) البقرة : 22
Ø Andada di sini bukan hanya merujuk kepada patung-patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi bermaksud juga nafsu ammarah yang manusia miliki.
(إذا جاء نصر الله والفتح ...) النصر : 1-3
Ø Ibn Abbas : Tanda hampirnya ajal Rasulullah saw.
SYARAT TAFSIR SUFI / ISYARI
Ø Tidak bercanggah dengan makna zahir
Ø Perlu disokong dengan bukti syara’
Ø Pentakwilan tidak terlalu asing
Ø Tidak boleh mendakwa pendapatnya shj yang tepat
Ø Dimulakan dengan tafsir makna zahir dahulu
Ø Tidak bercanggah dengan syariqt dan aqal
GHARAIB TAFSIR
Ø Tafsiran yang pelik dan menyeleweng
Ø Dilakukan oleh kumpulan ajaran sesat
Ø Hati-hati dengan tafsiran yang bathil, sesat dan menyeleweng.
Ø Contoh :
(وقال الله لا تتخذوا إلهين اثنين إنما هو إله واحد فإياي فارهبون) النحل : 51
Ø Ilahain isnain : Abu Bakar dan Umar, Ilahun wahid : Ali
(حم . عسق) الشورى : 1-2
Ø Ha : Harbu Mua’wiyah, Mim : Bani Marwan, ‘Ain : Bani ‘Abbasiah, Sin : Sufyaniah, Qaf : Imam Mahdi
Ø Contoh lain :
(ولكم في القصاص حياة يا أولي الألباب لعلكم تتقون) البقرة : 179
Ø Qisas sebagai kisah-kisah dalam al-Quran.
(ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به) البقرة : 286
Ø Sesuatu yang tidak terdaya ialah perasaan asyiknya bercinta.
No comments:
Post a Comment