Gambar : Tempat di mana Syayyidah Nafisah berkhalwat.
Ini adalah tajuk utama pilihan akbar Kosmo
kenapa tajuk ini dipilih
apa yang ada pada tajuk ini sehingga melayakkan di muka depan
adakah kerana perkataan ustaz
atau adakah kerana perkataan khalwat
atau kerana hubungan khalwat dengan ustaz
sukalah tu...kerana mampu merendah-rendahkan ustaz
seronoklah tu...kerana mencemar maruah ustaz
gembiralah tu...kerana meraih keuntungan murahan
sedarkah kita peranan ustaz
yang menulis tu.. sedar tak, siapa yang ngajar ngaji dan iqra’
yang menulis tu...sedar tak, siapa yang ajar perukunan solat
yang menulis tu...sedar tak, siapa yang tahlilkan arwah mak bapa
yang menulis tu...dah tak perlukan orang yang bergelar ustaz lagi ke?
satu lagi..
sampai bila kita akan menggunakan istilah yang betul
khalwat itu murni dan suci
pabila seorang hamba bertahajjud ke hadrat Ilahi
bukan bersunyi-sunyian dengan isteri orang
jauh menyimpang sekali istilah itu
yang kedua...
adakah sahih, benar dan terang cerita ini
confirm 100% beliau berkhalwat
tak kan tiada di hati rasa simpati
takutkan dosa kepada Ilahi
berkhalwatlah wahai penulis berita ini
demi penyucian jiwa dan hati
usahlah melayan nafsu syaitaniah bahimiah
kerana kita kepadaNYa jua akan bertemu
No comments:
Post a Comment