Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.
Katanya : "Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,
Tambahnya lagi : kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.” (mkini, Feb 26)
ada suara, suara tidak keramat
ada tangan, tangan diikat kuat
ada jawatan, jawatan sering diganggu-gugat
jadi
apalagi yang dapat diharapkan
harapkan pagar, pagar makan padi
harapkan kandang, lembu habis lari
harapkan pemimpin, pemimpin makan untuk diri
cubalah...
berlaku jujur
bertindak dengan penuh akur
nun di sana ada kuasa yang lebih agung
kuasa itu mendahului kuasa-kuasi
kuasa itu mampu melenyapkan suara-suari
kuasa itu mendengar kata-kati
bahawa di sana
ada rakyat
ada insan
ada pepohon
ada haiwan jua ternakan
mereka memohon simpati
mereka minta dikasihani
mereka mengharap dan menanti
agar kita bertamaddun diri
agar kita bermuhasabah hati
agar kita mengingati
bahawa alam ini milik dikongsi.
nota : kredit gambar untuk mso
No comments:
Post a Comment