Menghina Islam dengan pelbagai cara agar dunia melihat akhlak Islam tidak lebih sekadar kepompong yang kosong.
Menyerang akhlak dan keperibadian Rasulullah saw. termasuklah al-Quran dan al-Sunnah.
Menghitamkan sejarah Islam dan aspek-aspek negatif ditonjolkan supaya generasi hanya mengetahui zaman-zaman gelap, ganas, derita, percakaran dan perebutan kuasa serta kehancuran sistem nilai dalam kehidupan..
Meragukan keupayaan umat Islam yang dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan dan persengketaan. Sementara itu pula dipamerkan budaya barat yang maju dan moden untuk menggantikan tradisi dan adat kita yang jumud. Walhal mereka sendiri terpalit dengan pelbagai masalah moral yang tidak berkesudahan : rompakan, samunan, budaya vandalisme dalam kalangan muda mudi yang berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan, anak tidak lagi menghormati ibu bapa, mak ayah pula tidak lagi menyayangi anak-anak, berleluasanya kegilaan seks dan seribu satu masalah yang tiada jalan penyelesaian.
Meleburkan keperibadian umat Islam dengan menghakis jati diri dan menjauhkan mereka dari nilai akhlak yang benar. Melalui penguasaan ke atas pemikiran dan jiwa serta serangan yang bertubi-tubi untuk meranap-musnahkan semaian akhlak kemelayuan yang terpupuk sejak dari kecil. Masakan tidak, media massa, sukan dan ratu keartisan ditonjol-tonjolkan kelebihan masing-masing. Usahkan al-Ghazali yang hendak dicari, Ghazal buat Rabiah pula yang diketemui.
Selepas umat Islam diasak dan dileburkan keperibadian mereka, musuh-musuh Islam akan menyemai kebudayaan dan pemikiran yang baharu sesuai dengan acuan dan kehendak mereka. Adalah kejayaan besar bagi mereka apabila berjaya melonggarkan ikatan akhlak remaja kini atau setidak-tidaknya berjaya mendedahkan aurat anak gadis Islam. Mereka biarkan orang Islam menggunakan nama-nama Islam, tetapi roh dan jiwanya sudah berpaling ke arah timur dan barat yang bukan Islam.
(Adaptasi dari buku “Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam” tulisan Dr Hassan Muhammad Hassan)
No comments:
Post a Comment