Friday, February 24, 2012

Perkembangan Ilmu Tafsir

Zaman Rasulullah saw  :
Ø  Rasulullah saw adalah yang paling faham tentang makna-makna ayat-ayat al-Quran.
Ø  Semua ayat diperjelaskan oleh Rasulullah saw sehingga para sahabat benar-benar faham perkara yang berkaitan dengannya.
Ø  Metod yang digunakan ialah metod terus atau secara langsung.
Ø  Rasulullah saw akan menjelaskan sesuatu yang mujmal, kabur, umum dsb.
Ø  Maka Rasulullah menjadi sumber utama dalam menjelaskan segala kemusykilan yang berlaku.
Metod Rasulullah saw.
(1) Menjelaskan sesuatu yang mujmal. Rasulullah saw akan menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan. Contoh surah al-Baqarah : 43
وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة
 (2) Menerangkan sesuatu yang kabur. Rasulullah saw menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan benang putih dan benang hitam. Contoh surah al-Baqarah : 187
كلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر                                           
(3) Mengkhususkan yang umum. Menjelaskan menjelaskan kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah mensyirikkan Allah. Contoh surah al-An’am
الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم                            
Sumber-sumber Tafsir :
(1)  Al-Quran. Allah menurunkan satu ayat yang umum dan diperincikan dalam surah yang lain pula. Contoh surah Nuh : 3
وقد خلقكم أطوارا
Ø  Allah menerangkan dalam surah al-Mu’minun : 12-14 penciptaan manusia secara berperingkat-peringkat
ولقد خلقنا الإنسان  من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاما فكسونا العظام لحما ثم أنشاناه خلقا آخر فتبارك الله أحسن الخالقين.
(2) Al-Sunnah. Kebanyak hadis-hadis Nabi saw memperincikan ayat yang umum. Surah al-Nahl : 44 -
وأنزلنا إليك الذكر لتبين للناس ما نزل إليهم ولعلهم يتفكرون.
Zaman Sahabat ra.
Ø  Secara amnya, para sahabat dapat memahami sesuatu ayat dengan baik .
Ø  Namun, berbeza apabila menafsirkan secara terperinci.
Ø  Tetapi mereka akan diperbetulkan sendiri oleh Rasulullah saw .
Ø  etelah Rasulullah saw wafat, antara sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir al-Quran ialah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Abu Musa Asya’ari ra ajmiin .
Kekuatan Para Sahabat :
Ø  Memahami situasi bahasa semasa dituturkan
Ø  Memahami adat orang-orang Arab
Ø  Memahami situasi orang Yahudi dan Nasrani
Ø  Ketajaman aqal fikiran

Zaman Tabi’in :
Ø   Mereka mempelajari ilmu tafsir secara berguru dengan para sahabat ra dengan menghimpunkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw secara lisan dan hafalan.
Ø  Berguru dari Ibnu Abbas : Mujahid, Said bin Jabir, Ikrimah, Thawus, Atha ibnu Abi Rabah.
Ø  Berguru dari Ibnu Mas’ud : Alqamah, An-Nakhaie dan lain lagi.
Ø  Aliran tafsir muncul di Mekah (Abdullah ibnu Abbas), di Madinah (Ubai bin Kaab) dan di Kufah (abdullah ibnu Mas’ud).

Zaman Tabi’ Tabi’in :
Ø   Bermula pengumpulan dan pembukuan ilmu tafsir.
Ø  Antaranya Sufian bin Uyainah, Waki’ bin Jarrah dan lain-lain.
Ø  Pembukuan ini terhad kepada pengumpulan hadis-hadis yang berkaitan ilmu tafsir sahaja.
Ø  Belum ada lagi pembukuan ilmu secara berasingan seperti yang ada sekarang ini.

Zaman Tadwin dan Pembukuan :
Ø   Bermula pembukuan ilmu tafsir secara berasingan.
Ø  Pada pemerintahan Abu Ja’far al-Mansur (136-158H).
Ø  Antara yang terawal ialah : Ibnu Habban, Al-Hakim, Ibnu Jarir at-Tabari dan Ibnu Majah.

Zaman Mutaakhirin :
ü      أشهر ما دون من كتب التفسير المأثور :
ü      جامع البيان في تفسير القرءان للإمام الطبري
ü      بحر العلوم للسمرقندي
ü      الكشف والبيان عن تفسير القرءان للثعلبي
ü      معالم التنزيل للبغوي
ü      المحرر الوجيز في تفسيرالكتاب العزيز لابن عطية
ü      تفسير القرءان العظيم لابن كثير
ü      الجواهر الحسان في تفسير القرءان للثعالبي
ü      الدرر المنثور في التفسير المأثور للسيوطي
ü      أشهر ما دون من كتب التفسير بالرأي :
ü      مفاتيح الغيب للرازي
ü      أنوار التنزيل وأسرار التأويل للبيضاوي
ü      مدارك التنزيل وحقائق التأويل للنسفي
ü      لباب التأويل في معاني التنزيل للخازن
ü      البحر المحيط لأبي حيان
ü      غرائب القرءان ورغائب الفرقان للنسيابوري
ü      تفسير الجلالين للسيوطي
ü      أشهر ما دون من كتب التفسير بالرأي :
ü      السراج المنير في الإعانة على معرفة بعض معاني كلام ربنا الحكيم الخبير للخطيب الشربيني
ü      إرشاد العقل السليم إلى مزايا الكتاب الكريم لأبي المسعود
ü      روح المعاني في تفسير القراءان العظيم والسبع المثاني للألوسي
ü      أشهر ما دون من كتب التفسير الاعتزالي :
ü      تنزيه القراءن عن المطاعن للقاضي عبد الجبار
ü      الكشاف عن حقائق التنزيل وعيون الأقاويل في وجوه التأويل للزمخشري

No comments:

Post a Comment