Hari ini saya dikesempatkan Allah untuk berjumaat di Masjid Sultan Sulaiman, Kelang yang telah menghampiri 20 tahun lebih tidak bersolat di sana. Kenangan semasa belajar di KIK dulu, di sinilah kami bertarawih, bersolat jemaah dan pelbagai aktiviti ibadah amat menyuntik emosi lampau. Masakan tidak, masjid ini lah sebagai back up jika ketiadaan air di asrama, di sini juga tempat menikmati juadah bila ada keramaian. Seronok dan menyeronokkan. Namun kini, sekadar kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Dalam melayan igauan lampau, tanpa disedari saya sudah berada di perkarangan masjid. Tiba-tiba, ust Norhisyam (kawan lama, belajar Morocco sekali, bahkan KIk sekali) terpacul di depan mata. Allah Maha Kuasa menguruskan pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Alhamdulillah ...
No comments:
Post a Comment