Semalam memaksakan diri untuk hadir dalam mesyuarat agung PIBG SMK Tun Perak kali ke 41. Lama tu, dah 41 tahun. Kalau manusia, bukan lagi anak teruna, dah jadi dewasa pun, matang dan berkerjaya.
YB Datuk Yaakub Md Amin sebagai perasmi. Bertalu-talu suntikan semangat diluahkan. Bermula dari kesediaan diri sebagai bapa yang perlukan pengorbanan, diri pelajar yang sememangnya perlu menghargai kesenangan dan kemewahan yang ada, sehinggalah kepada tuntuan yang sering diungkapakan, dah jadi tradisipun dalam setiap ucapan alu-aluan, baik pengetua, maupun pengerusi PIBG.
Saya suka cara kerja YB Datuk Yaakub. Kita tidak perlu cakap berkajang-kajang kertas kerja, berbuih-buih fakta, semuanya hampeh. Betul kata Datuk, apa yang yang diinginkan, usaha dan kita selesaikan. Kalau tidak, isu yang sama berbangkit-bangkit setiap tahun.
Semasa mesyuarat, ada seorang ahli menyuarakan tatacara yang mudah untuk mendapat peruntukan. Tetapi saya tidak suka caranya, cara membuntut (maaf, guna perkataan ini) punggung YB. Saya tertanya-tanya, adakah YB ini turun bersertakan duit yang terikat di kakinya. Ada YB, maka ada duit.
Ini semua politik kelentong,
politik bohong
politik untuk jaga nama
politik periuk nasi
politik pinggang mangkuk
politik mangkuk ayun
ayun mangkuk
mangkuk ayun
saya YB mangkuk ayun
No comments:
Post a Comment