Tuesday, February 14, 2012

Yang Baik Ditonjol-tonjolkan...


Manusia ramai yang berpura-pura
perihal yang baik diheboh-hebohkan
perihal yang buruk disorok-sorokkan
terkadang disaman-samankan

isu derma anak yatim dimediakan
isu lembu sekandang dimahkamahkan
hal duit zakat dibelit-belitkan
hal derma tahfiz diwar-warkan

bagi mereka
agama tempat berselindung
kopiah tempat bersembunyi
kain sarung tempat menyorok

sedarkah mereka
kita sudah tahu
orang ramai sudah celik
rakyat sudah ada memilih
hanya masa dan ketika sahaja menjadi tentuan



No comments:

Post a Comment