Selagi ada penawaran, selagi itulah ada permintaan. Isu seks, kondom, urutan bogel dan sespecies dengannya amat-amat membebankan minda dan perasaan kita. Manakan tidak, setiap detik, jam dan pertukaran siang dan malam, kita didedahkan (atau sengaja mendedahkan) dengan pelbagai isu moral yang tak berbendong lagi.
Hari ini sahaja, Sinar telah melaporkan dua muka surat yang berkaitan isu tersebut, iaitu :
(1) PETALINGJAYA – Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah hotel bajet di sini.
(2) KUALA LUMPUR – Ketua Operasi, Asisten Superintendan, Hadzwan Zulkefle berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, tiga warga asing yang disyaki pelacur, diberkas. Kita menemui ratusan kondom dan alatan seks elektronik di dalam bilik.
(3) PUCHONG – Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut pelanggannya. Ketika serbuan oleh Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian mendapati seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan.
Mari kita lihat isu ini dalam dua keadaan :
(1) Bagi pihak yang membuat penawaran – Mari kita tanya, siapakah mereka itu, kebal sangatkah mereka itu, licik sangatkah mereka itu ??? Jawapannya hendaklah tiada ketam di sebalik pintu. Ketam yang tiada diberikan makanan akan mengetik (menyengat) sesiapa sahaja yang membuat lintasan di hadapannya. Jika sekiranya ketam itu dalam kekenyangan, maka jawapannya : Ada aku kisah...
(2) Bagi pihak yang menunaikan permintaan – Sesiapa sahaja, orang muda atau orang dewasa, warga kita atau warga asing, mari kita cuba bertanya, Apakah hasrat kunjungan mereka, Kenapakah di sini carian mereka, Mengapakah mereka berbuat demikian ??? Jawapannya hanya satu...cuba teka ...iaitu untuk puaskan nafsu yang berkelana. Sedarkah mereka, nafsu ini tak reti erti puas, nafsu akan membiak dan berganda-ganda.
Penyelesaian dari kemelut ini juga hanya satu, tiada pendua baginya. Kembali balik kepada nilai beragama di dalam diri. Buatkan senarai semak ke atas perlakuan kita seharian, dari sekecil-kecilnya sehinggalah kepada sebesar-besarnya. Susah sangat kah untuk menutup rambut yang berjurai-jurai itu, susah sangatkah untuk melonggarkan sedikit kepadatan seluar itu, susah sangatkah untuk hidup bersopan dan bertata susila ???
Marilah kita renung-renungkan bersama ...
No comments:
Post a Comment