KUALA LUMPUR: Kabinet meluluskan penubuhan Anugerah Fellowship Penyelidikan Kutub Sultan Mizan, iaitu dana penyelidikan khusus bagi menggalakkan kajian saintifik bidang berkaitan. Menterinya, Datuk Seri Dr Maximum Ongkili berkata, program penyelidikan kutub juga satu daripada promosi supaya golongan muda mahu mengikuti bidang sains. (BH Feb 16, 2012)
Terfikir juga saya, tapak demi tapak dilalui negara kita ke arah menjejaki 2020 sebagai status negara maju. Saya sokong.
Cuma saya bimbang projek-projek yang besar sebegini akan menelan kos yang terlalu tinggi. Ingatkah lagi kita tentang penghantaran seorang rakyat kita ke angkasa lepas. Berapa kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan yang duitnya datang dari penoreh getah dan pesawah ladang. Mereka berpeluhkan air mata bagi menghulurkan sesuap nasi ke mulut anak-anak mereka.
Bukannya saya anti kepada kemajuan yang melangit. Islam itu sendiri mendorong ke arah itu. Bahkan cendikiawan Islamlah yang terlebih dahulu mengecapi ni’mat keilmuan berbanding orang-orang Barat.
Dari itu, bagi saya, usahlah kita terlalu ambitious walhal banyak lagi sekolah-sekolah bandar dan desa yang serba kekurangan, baik peralatan makmal maupun peralatan bersukan. Adakah patut sebuah sekolah yang mana para pelajarnya beraliran sains belum lagi memiliki makmal sains tulen? Sudah puas pentadbirnya dan AJK PIBG turun naik tangga memohon hal tersebut. Orang Melaka kata : Hampeh...
Terfikir saya, kumpulan di atas ini tahu atau tidak fenomena kumpulan di bawah. Tahu atau buat-buat tak tahu. Atau juga sengaja tak nak ambil tahu. Seorang ulama’ ada bersajak, katanya :
أنشد أبو القاسم الآمدي
إذا كانت لا تدري ولم تك بالذي* يسائل من يدري فكيف إذن تدري ؟
جهلت ولم تعلم بأنك جاهل * فمن لي بأن تدري بأنك لا تدري ؟
إذا جئت في كل الأمور بغمة * فكن هكذا أرضا يطأك الذي يدري
ومن أعجب الأشياء أنك لا تدري * وأنك لا تدري بأنك لا تدري
(أدب الدنيا والدين للماوردي، ص:61)
Maksudnya : (baris terakhir) dan di antara perkara yang paling menghairankan ialah engkau tidak mengetahui, engkau tidak tahu apa yang engkau tidak tahu.
Marilah kita renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment