Tuesday, September 27, 2011

HUDUD



قال الله تعالى : "تلك حدود الله فلا تقربوها".
وأحيانا تأتي الآية : فلا تقربوها.
والمعنى ذلك أن الله تعالى جعل بيننا وبين الحرام حدودا، وأباح لنا أشياء ضمن هذه المحرمات وأمرنا أن نتقيد بهذه المباحات ونبقى في دائرتها فلا نتعداها ولو مرة.
فالأمور المحرمة حرام، كالشهر الحرام والبيت الحرام. فالمقصود به تعظيم المحافظة على بقاء المحرامات دون الاعتداء بها، وأن يكون ذلك في نفوسنا خشية كبيرة من الاقتراب منها.
لقد جاء في تفسير ابن كثير : "ومن يعظم حرمات الله" أي ومن يجتنب معاصيه ومحارمه "فهو خير له عند ربه" وله ثواب جزيل. وأكد الله بذلك بقوله : "ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوي القلوب" دليلا على أن في قلوبه تقوى الله.
Jelaslah di sini bahawa hudud yang dimaksudkan adalah milik Allah, disebut Hudud Llah. Maka, sudah pasti hudud itu bukan dipunyai oleh mana-mana pihak, baik parti politik kah ia, NGO kah ia, atau apa-apa sahaja yang kita namakan. Hudud itu tetap milik Allah, dulu, kini dan buat selamanya.
Kekaburan timbul lantaran kedangkalan ilmu yang ada, atau kemalasan diri mencari kebenaran dengan membiarkan minda sentiasa diselubungi kebatilan, atau juga angkara hati yang kusut masai tanpa ada sinaran iman meskipun sekelumit.
Senario ini amat-amat bahaya. Ia bukan sahaja membahayakan diri orang yang terbabit, bahkan juga mengheret orang lain untuk sama-sama menjaja fahaman sesat ini ke sana ke mari. Terkadang melelongnya di dada-dada akhbar demi ganjaran murahan.
Ingatlah, hidup kita hanya senafas sahaja, apabila nafas dihelakan dan tak mampu pula kita menyedutnya, bermakna itulah tarikh wafat kita. Sedarlah, dunia ini hanya sekadar kerdipan mata, apabila kelopak mata ditutup dan tak mampu pula membukanya, bermakna kita telah berpindah ke alam akhirat.

No comments:

Post a Comment