Saturday, September 17, 2011

RAWATAN PENYAKIT BARAH




Semalam saya dikunjungi seorang mak cik yang menghidapi penyakit barah. Sayu saya melihatnya, namun beliau dikuatkan dengan anak-anak yang setia menjaganya. Didoakan kesabaran dan kesembuhan buatnya.
• cara merawat CANSER :
1- Perawat hendaklah yakin bahawa canser atau apa jua penyakit sekalipun adalah juga makhluk Allah dan boleh diarahkan keluar dari badan pesakit dengan iktiqad bahawa segala kekuatan adalah daripada Allah jua.
2)Dengan menggunakan anak pokok kemboja, kita pindahkan canser tersebut dengan izin Ilahi.
3)Baca surah Yaasin, al-Mulk dan al-insan.
Pada pengamatan saya, barah ini bolehlah dikategorikan kepada 2 punca utama :
1) Tabiat pemakanan – Maka Islam menganjurkan agar kita berpuasa wajib dan sunat. Nabi saw mengajar kita supaya membahagikan pengisian perut kepada 1/3 air, 1/3 udara dan 1/3 makanan. Ini ada kaitan dengan pengurusan nafsu makan yang akhirnya dapat menghindarkan punca penyakit tersebut.
2) Terdapat unsur gangguan – Umpamanya seseorang yang terkena sihir (di mata misalnya), maka akibat terlalu lama sihir tersebut, makin sehari makin panas dan merebak, akibatnya bertukar menjadi barah. Cara mengatasinya dengan mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Bagi perawat yang hendak memindahkan barah daripada badan seseorang, hendaklah :
1) Puasa selama 7 hari dan beramal selama 40 hari.
2) Yakin bahawa barah atau apa jua penyakit adalah makhluk Allah dan boleh diarahkan keluar dengan izin Allah.
3) Cuba-cubalah cari pesakit dan buatkan amalan ini sepenuhnya sehingga dapat 40 orang pesakit.
4) Mohon pertolongan Allah supaya rawatan tersebut berhasil.
Semasa rawatan, perawat bolehlah mengambil minyak zaitun untuk disapu pada tempat yang bengkak akibat daripada barah itu dengan membaca ayat-ayat berikut :
1- بسم الله أرقيك وبنور وجه الله أشفيك وبذكر الله أعافيك.
2- ويسألونك عن الجبال فقل ينسفها ربي نسفا فيذرها قاعا صفصفا لا ترى فيها عوجا ولا أمتا.
3- أيها الألم النابت في الجسم الذي يموت مت بقدرة الله الحي الذي لا يموت.
4- وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
5) Baca Fatihah 3 kali, kemudian baca ayat ini :
1- وترى الجبال تحسبها جامدة وهي تمر مر السحاب صنع الله الذي أتقن كل شيء إنه خبير بما تعملون.
2- ومثل كلمة خبيثة كشجرة خبيثة اجتثت من فوق الأرض ما لها من قرار.
3- ألم تر إلى الذين خرجوا من ديارهم وهو ألوف حذر الموت فقال لهم الله موتوا (3 مرات)
4- أو كالذي مر على قرية وهي خاوية على عروشها قال أنى يحي هذه الله بعد موتها فأماته الله مائة عام، مت أيها الدمل بإذن الحي الذي لا يموت.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment