Saturday, September 17, 2011

Ilmu dan Berguru



Ada sahabat bertanya tentang penerimaan sesuatu ilmu tanpa melalui kaedah berguru, saya berpandangan begini :
1) Murid dan guru tidak dapat dipisahkan. Bagaikan helaian muka surat, guru pada muka surat depan dan murid pada muka surat belakangnya. Seorang guru itu meraih gelaran mulia ini kerana ada murid yang sudi belajar darinya. Murid pula tidak lengkap ilmunya tanpa ada bimbingan dan pedoman dari seorang guru. 2) Imam Bukhari telah mensyaratkan dalam penerimaan sesuatu hadis itu sahih ialah perawi hadis itu hendaklah bersemuka (berguru) dengan penyampai hadis tersebut. Ini bagi menjamin tahap kesahihan hadis yang hendak disampaikan.
3) Manakala Imam Muslim pula tidak mensyaratkan hal demikian, sebaliknya membolehkan seorang perawi itu menerima sesebuah hadis dari penyampainya tanpa perlu bersua muka (berguru) dengan syarat mereka berdua hidup pada zaman yang sama (sezaman).
4) Dalam konteks lebih luas, kaedah berguru bolehlah dinyatakan dalam bentuk yang lebih luas apabila sesuatu ilmu itu dinyatakan sumber dan masdarnya, maka bolehlah kita kategorikan sebagai berguru. Hal seumpama ini banyak terjadi dalam sistem pembelajaran kini, mana mungkin kita berkesempatan untuk bersua dengan setiap penulis buku yang buku mereka kita sandar dan naqalkan.
5) بالنسبة للسؤال الذي طرحه فضيلة الأستاذ زعيم الدين فأقول : أولا – أشكركم على هذه المشاركة، وثانيا – ذلك لسبب كثرت المطلوبات من الأصدقاء هم الذين يريدون بعض الأذكار اليومية تبعدهم من وسواس الشيطان وأعوانه، فكتبت هنا لاستفادة الجميع بعدما
علمني شيخي من طراز هذا الشئ، وثالثا – وأنني قد أشرت هناك من هم شيوخي ومصدر تلك الأذكار، والله المستعان.

No comments:

Post a Comment