Thursday, September 29, 2011

Rawatan Anak Songsang



Allah Maha Bijaksana menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Umpamanya semasa dalam kandungan, kedudukan janin akan berpusing mengikut kitaran bulan yang dilalui. Menurut Dr. Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan menyatakan terdapat lebih kurang 95% janin dalam kandungan akan berada dalam kedudukan normal iaitu kepala di bahagian bawah menghala ke arah rongga punggung ibu, namun lebih kurang 5% boleh mengalami kedudukan tidak normal atau songsang, iaitu punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Janin juga boleh melintang atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang.
Rentetan daripada ayat selusuh yang saya bicarakan pada sesi lepas, terdapat juga ayat-ayat lain untuk dibaca dan diamalkan bagi memperbetulkan kedudukan janin tersebut. Ayat-ayat itu ialah :
1) Membaca al-Fatihah.
2) Membaca surah Yaasin.
3) Ulang 3X atau 7X atau 11X mengikut kesesuaian pada ayat 77 surah Yaasin tersebut : ( أولم ير الإنسان أنا خلقناه من نطفة فإذا هو خصيم مبين )
Semasa membaca ayat ini, tapak tangan kanan perawat hendaklah membuat isyarat memusing pada bahagian depan perut (jika isterinya) atau bahagian belakang perut (tanpa disentuh).
Insya Allah, pada akhir bacaannya itu akan ada perubahan pada kedudukan janin tersebut dengan izin Allah SWT meskipun telah melangkau 32 minggu usia janin itu.

No comments:

Post a Comment