Saturday, September 17, 2011

Rawatan Mendapatkan Zuriat



Jam di tangan Amin (bukan nama sebenar) menunjukkan 2.30 petang. Amin yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah di negeri Melaka, seperti biasa pulang setelah penat memerah tenaga demi masa depan keluarga dan anak bangsanya. Beliau agak tergesa-gesa kerana kewajipan Tuhan belum ditunaikan. Dalam perjalanan pulang, beliau teringat pesanan isterinya : “Bang, bila pulang nanti jangan lupa ye singgah di kedai Pak Mat tu belikan nasi ayam untuk makan tengahari kita nanti”. Beliau tersenyum mengenangkan isterinya yang tersayang, itulah makanan kegemarannya, “yalah Mah”, jawabnya antara dengar dengan tidak. Isterinya yang kini sedang sarat mengandung setelah 10 tahun mencuba di segenap ceruk rantau. Takdir Ilahi menyebelahinya setelah menerima kaedah pengubatan al-Quran.
Cara Merawatnya :
1) Baca pada air surah Yaasin (ayat 77) :
2) Baca surah al-Mulk (ayat 14) :
3) Baca surah Ali Imran (ayat 33-37) :
4) Suami hendaklah diurut sebanyak 3 kali.
5) Rawatan dilakukan sekurang-kurangnya 7 kali.
Bahan untuk diminum :
1) Telur ayam kampung 7 biji.
2) Telur tadi dibakar dan dikisar sehingga lumat.
3) Dimakan beserta madu pada setiap pagi dan petang.
Insya Allah, mujarab dengan izin Allah swt.

No comments:

Post a Comment