Wednesday, September 21, 2011

Tujuh Perkara Perjanjian Nabi Sulaiman Dengan Jin Perempuan



Diriwayatkan daripada Nabi suliaman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yangpaling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular. Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Tambahnya lagi : “Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perrempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
Lalu ia pun berkata: “Wahai Nabi allah! Aku akan berikan kepada engkau beberapa perjanjian dan sumpah setia bahawa aku tidak akan mendekati dan tidak akan menyakiti sesiapa yang menulis untuknya ataupun menggantungkan baginya sama ada kepada orang lelaki, perempuan atau kanak-kanak, gedung-gedung perniagaan, tanah-tanah untuk bercucuk tanam ataupun binatang-binatang ternakan dan sebagainya”.
Inilah doa-doanya :
1) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو الملك القدوس مالك الملك مالك الدنيا والآخرة محيي العظام الناخرة هادي من عصاه ومبغض من اتبع هواه القاهر القابض الذي لا يغلبه غالب ولا يفر من قضائه هارب ولا تدركه الأبصار وهو يدرك الأبصار إنك لا تقرب على من تكون عليه هذه المواثيق لا في ليل ولا في نهار ولا في سفر ولا في حضر ولا في بر ولا في بحر ولا في يقظة ولا في منام والله على ما أقول وكيل.
2) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة القوي العزيز الحميد المجيد والبطش الشديد والسلطان القوي والحكم النافذ المطلع على العباد قامع أهل الزيغ والفساد إنك لا تقرب على من يقرأ عليه هذه العهود ولا في لحمه ولا في عظمه ولا في شعره ولا في بشره ولا في دمه ولا في شيء من سائر جسده ما دامت السماوات مرتفعة والأرض منبسطة والله ما أقول وكيل.
3) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم ذو الجلال والإكرام، خالق جميع الآنام بقدرته ولا ينجو منه هارب ولا يخيب من فضله راج إنك لا تقرب على من يقرأ عليه هذه العهود لا في ماله ولا في عياله ولا في سفره ولا في إقامته ولا في خلاء ولا في ملاء، والله ما أقول وكيل.
4) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو مرسل الرسل عالم البعض والكل، هو الأول والآخر والظاهر والباطن الولي المتعال رب الآخر والأولى والبداية والمنتهى وله الأسماء الحسنى حرز الفلك مالك الملك إنك لا تقرب على ما يقرأ عليه هذه العهود لا في أكل ولا في شرب ولا مشي ولا في جلوس ما دامت الأفلاك دائرة، والله ما أقول وكيل.
5) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم مالك الدنيا والآخرة رب الأرباب ومسبب الأسباب ومعتق الدواب إنك لا تقرب على من يقرأ عليه هذه العهود لا في فرحه ولا في حزنه ولا في حديثه ولا في سكونه، والله ما أقول وكيل.
6) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو رافع السماء بلا عمد وباسط الأرض على ما جمد مشرق الصباح وباعث الأرواح، إنك لا تقرب على من يقرأ عليه العهود لا في ضحك ولا في لعب ولا في حركة ولا في سكون، والله ما أقول وكيل.
7) بسم الله الرحمن الرحيم. أقسم بالله الذي لا إله إلا هو خالق الخلق وباسط الرزق ومرسل القطر ومنبت الشجر ومقدر القدر وبكلمات الله الطيبات التي لا يجاوزهن بار ولا فاجر، إنك لا تقرب على من يقرأ عليه هذه العهود بحال من جميع الأحوال، والله ما أقول وكيل.
Sumber : Perjanjian Nabi Sulaiman bin Daud Dengan Jin Perempuan oleh Ustaz Hj. Ab. Halim bin Hj. Mohd. Saud

No comments:

Post a Comment