Tabiat buruk yang dimaksudkan adalah amalan-amalan yang bercanggah dengan peraturan agama dan landasan hidup selaku insan muslim. Ini termasuklah tabiat suka meminum arak, bermain judi, berzina, menghisap dadah/ganja/rokok dan sebagainya.
Caranya :
1. Baca surah al-Fatihah – 1 kali atau 70 kali
2. Baca ayat al-Kursi – 1 kali atau 70 kali
3. Baca surah al-Ikhlas – 1 kali atau 70 kali
4. Baca surah al-Balad – 7 kali
5. Baca ayat 1, surah al-Maidah – 7 kali
6. Baca ayat 90-92, surah al-Maidah – 7 kali
Bahan-bahan :
1. Air Mineral untuk dibaca dan diberi minum.
2. Rawatan dilakukan selama 40 hari (40 kali).
3. Air hujan untuk dibaca dan dimandikan kepada pesakit.
4. Pakaian pesakit juga boleh disiramkan dengan air hujan.
5. Ambil satu kaki persegi kain putih atau baju T-Shirt pesakit yang bersih untuk ditulis padanya ayat 1, surah al-Maidah. Pada bahu kanan dan juga pada bahu kiri, manakala pada bahagian bawah pula ditulis ayat 1 tadi secara terpisah, satu-satu huruf. Selepas ditulis, kain putih atau baju tadi digulung ala kain kafan untuk dibaca padanya deretan ayat-ayat di atas. Setelah selesai rawatan 40 kali, kain atau baju itu hendaklah ditanam di perkuburan lama.
Pada akhir setiap sesi rawatan, bacalah doa ini :
اللهم بحق هذه الأيات الشريفة وما حوتها من الحكم والبركات أن تمنعه (ها) من الزيغ والفواحش والغدر والزنا، اللهم أمت قلبه (ها) من هذه كلها كما أمتّ أصحاب القبر بألف ألف لا حولا ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
Pada akhir setiap sesi rawatan, bacalah doa ini :
اللهم بحق هذه الأيات الشريفة وما حوتها من الحكم والبركات أن تمنعه (ها) من الزيغ والفواحش والغدر والزنا، اللهم أمت قلبه (ها) من هذه كلها كما أمتّ أصحاب القبر بألف ألف لا حولا ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
Insya Allah swt, tabiat buruk tersebut akan berkurangan dan terhenti dengan izin Allah. Ini adalah berdasarkan amalan saya bersama guru saya Ust. Ku Othman bin Ku Ali.
No comments:
Post a Comment