Sunday, July 29, 2012

Kiamat 16.7 Juta Tahun Lagi ?!



Info ini saya petik dari Berita Harian (29 Julai 2012) yang bersumberkan AGENSI.

Katanya, satu teori baru mengenai kiamat yang dinamakan sebagai Teori Rekahan Besar menyatakan bahawa Bumi ini akan meledak selama kira-kira 16 minit, manakala tempoh kehancuran Matahari pula ialah 28 minit.

Menurutnya, teori luar biasa itu dikemukakan oleh pakar fizik dari beberapa universiti China. Mereka berpendapat ‘tenaga hitam’ mempunyai peranan besar untuk menghancurkan alam semesta apabila kiamat tiba.

Ini ulasan saya.

Semuanya karut dan merapu. Inilah terjadi seandainya cangkul digunakan untuk menulis buku, atau bagaikan kapak digunakan sebagai sudip memasak.

Penggunaan istilah ‘tenaga hitam’ itupun telah menjelaskan betapa dangkal dan singkatnya otak mereka. Mana pergi kepercayaan ‘semulajadi’ atau ‘tabiat alam’ yang mereka anuti selama ini?.

Pula wartawan menulis, “berita baiknya ialah mereka meramalkan perkara tersebut akan berlaku kira-kira 16.7 juta tahun lagi”. Lama lagi tuuu.. dan sememangnya itulah impian puak pengampu keduniaan yang fana ini. Ingin terus hidup hatta beribu-ribu tahun lagi. ( لو يعمر ألف سنة )

Kita terpaksa berhujjah dengan nas al-Quran lantaran semenjak dulu, kini dan selama-lamanya tiada satupun fakta yang terpesong, termasuklah juga fakta memperihalkan kiamat. Manakala teori ciptaan manusia, boleh diteima dan ditolak.

Banyak juga teori yang hebat adalah salah, teori Darwin sebagai contohnya dan ia masih diagungkan oleh pejuak behaviarisme.

Saya petik ayat 49 dari surah Yaasin ( ما ينظرون إلا صيحة واحدة تأخذهم وهم يخصمون ) menjelaskan bahawa kiamat itu berlaku dengan hanya satu tiupan sangkakala. Amat mudah dan begitu cepat sekali.

Digambarkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra sehingga penjual baju tidak sempat untuk melipatkan kembali bajunya, seorang peladang tidak sempat memberi minum kepada binatang ternakannya dan seorang yang sedang menikmati makanan tidak sempat untuk menelan makanan tersebut.
روى نعيم عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "تقوم الساعة والرجلان قد نشر ثوبهما يتبايعانه فلا يطويانه حتى تقوم الساعة، والرجل يليط حوضه ليسقي ماشيته فما يسقيها حتى تقوم الساعة، والرجل يخفض ميزانه فما يرفعه حتى تقوم الساعة، والرجل يرفع أكلته إلى فيه فما يتبلها حتى تقوم الساعة".

Situasi ini diterangkan lagi dalam ayat berikutnya dari surah yang sama :
فلا يستطيعون توصية ولا إلى أهلهم يرجعون. (يس : 50)

Kiamat itu terjadi dalam tempoh yang tidak sempatpun untuk berpesan-pesan, bersms-sms, hatta untuk memaklumkan kepada ahli keluarga yang terdekat sekalipun.

Yang hairannya, mengapalah kita terlalu teruja sangat dengan apa sahaja teori baru, sedangkan teori tersebut jelas bercanggah dengan ilmu aqal dan ilmu nas. Sedetik di hadapanpun silap dan salah serta tidak mampu untuk mengetahuinya, inikan pula 16 juta tahun ke hadapan. Sesat dan amat-amat menyesatkan.

Sepatutnya teori seumpama ini perlu diberikan ulasan yang rapi oleh para wartawan agar kita berada pada landasan ilmu yang betul dan benar, bukannya songsang dan sesat. wallahu’alam

No comments:

Post a Comment