Kesakitan yang dialami adalah merupakan ujian daripada Allah swt kepada hambanya untuk meningkatkan lagi martabat keimanannya dan juga sebagai penghapus kepada dosa-dosa yang lalu.
Dari itu, usahlah dikeji dan dimaki kesakitan tersebut. Ia juga adalah makhluk seumpama kita, akur dengan perintah yang diberikan.
Sebaiknya kita apabila berdepan dengan suasana kesakitan yang sudah tak tertahan lagi, eloklah bersiapkan diri mengambil wudhu’, lakukan solat hajat dan seterusnya amalkan bacaan ayat-ayat berikut :
1. Baca surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Membaca surah al-Mulk (7 kali)
4. Baca doa (rujuk surah Fatir : 41) di bawah ini. Doa ini juga telah diamalkan oleh Imam Syafi’e seperti yang disebutkan dalam buku
( أبواب الفرج للسيد محمد بن علوي المالكي الحسني، ص 64 )
بسم الله الرحمن الرحيم، وباللهِ وَلا حَولَ وَلا قُوّة إلا باللهِ العليّ العظيمِ، اسكُنْ أيّها الوَجع، سكَّنْتُك بالذّي يُمْسِكُ السماواتِ والأرضَ أن تَزُولاَ، وَلَئِنْ زَالَتَا إنْ أمْسَكَهُمَا مِن أَحَدٍ مِن بَعْدِه، إنّه كان حَليْمًا غَفُورًا.
Cara Rawatannya :
- Bacakan ayat-ayat tersebut pada air mineral untuk disapu dan diminum.
- Semasa membaca, tangan kanan diletakkan pada atau atas tempat yang sakit.
- Insya Allah swt, kesakitan itu berkurangan dan akan hilang dengan izin Allah.
- Ini adalah berdasarkan amalan saya bersama Ust. Ku Othman bin Ku Ali.
No comments:
Post a Comment