1- عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "لا تَقَدَّمُوا رَمَضانَ بِصَومِ يَوْمٍ وَلا يَومَين، إلا رَجُلٌ كَان يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ". متفق عليه.(صحيح البخاري الباب 14 من الصوم، وصحيح مسلم حديث 1802 من الزكاة، وكذا في السنن)
Bermaksud : “Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa”.
Berdasarkan hadis sahih di atas menjelaskan bahawa berpuasa pada 30 Sya’ban yang juga dikenali sebagai Hari Syak adalah diharamkan berpuasa, melainkan :
1- mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun; atau
2- mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan jatuh pada hari tersebut; atau
3- mereka yang berpuasa nazar yang tertanggung ke atasnya; atau
4- mereka yang berpuasa qada'. (Fiqh Islami wa Adilatuh : Dr. Wahbah Zuhaili)
Hadis di atas juga diperkuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ammar bin Yaasir ra, katanya :
2- وعن عَمّارِ بنِ ياسِرٍ رضي الله تعالى عنه قال: "مَنْ صَامَ اليَومَ الذّي يُشَـكُّ فيهِ فَقَدْ عَصَى أبا القَـاسِمِ صلّى الله عليه وَسلّم".
(ذكره البخاري تعليقـا، ووصله الخمسة، وصحّحَه ابن خزيمة وابن حِبّان).
Bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan, bererti dia telah menderhakai Abu al-Qassim (Rasulullah saw)”.
Tujuan diharamkan berpuasa (meskipun terdapat perselisihan dalam kalangan ulama antara haram dan harus, namun bagi mazhab kita Syafie adalah diharamkan) adalah untuk membezakan antara bulan Sya’baan dan masuknya bulan Ramadhan. والله أعلم
(Rujukan : Subul al-Salam, jld : 2, ms : 305-307)
No comments:
Post a Comment