3- وعنْ ابنِ عُمَرَ رضِي الله تعالى عنهما، قال:سَمِعْتُ رَسولَ اللهِ صلّى الله علَيه وسلّم يقول : "إذَا رَأيْتُمُوهُ فَصُومُوا، وَإذَا رَأيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا، فإنْ غُمّ عَليكُم فَاقْدُرُوا لَه." متفق عليه. ولمسلمٍ : "فإنْ أُغْمِيَ عَليكُم فَاقْدُرُوا له ثلاثين". وللبخاري: "فأَكْمِلُوا العِدَّةَ ثلاثين". وله في حديث أبي هريرة : "فأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَان ثلاثين".
Bermaksud : “Jika kalian melihatnya (anak bulan) maka berpuasalah. Dan jika kalian melihatnya (anak bulan) maka berhari rayalah. Seandainya kalian dilindungi awan untuk melihatnya, maka pergenapkanlah”.
Dalam riwayat Muslim : “Jika kalian terhalang oleh mendung, maka percukupkanlah 30 hari”. Dalam riwayat al-Bukhari pula : “Maka sempurnakanlah jumlah hitungan menjadi 30 hari”. Dalam riwayat al-Bukhari melalui Abu Hurairah : “Maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’aban menjadi 30 hari”.
4- وعَنِ ابْنِ عُمَرَ رضِي الله تعالى عنهما، قال: "تَرَاءَى النّاسُ الهِلالَ، فَأخْبَرْتُ النبيَّ صلّى الله عليه وسلّم أنِّي رَأيْتُهُ، فَصَامَ، وَأمَرَ النَّاسَ بِصِيامِهِ". رَوَاهُ أبو داوُد، وصحّحه الحاكِمُ وابن حِبَّان.
Bermaksud : “Orang ramai meninjau-ninjau anak-anak bulan, lalu aku memberitahu Nabi saw bahawa aku benar-benar telah melihatnya. Lantaran itu Nabi saw berpuasa dan menyuruh orang ramai untuk berpuasa”.
5- وعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِي الله تعالى عنهما، أنّ أعْرَابِيًّا جَاءَ إلَى النبيِّ صلّى الله عَليهِ وسلّم فَقَالَ :"إنِّي رَأيْتُ الهلالَ، فَقَالَ:" أتَشْهَدُ أنْ لا إلَه إلا الله؟ "، قَالَ: نَعَمْ . قَالَ: " أتَشْهَدُ أنّ محمدًا رَسولُ الله؟ "، قَالَ :نَعَمْ. قَالَ: "فَأذِّنْ في النّاسِ يَا بِلالُ! أنْ يَصُومُوا غَداً ". رَوَاهُ الخمسةُ. وَصحّحهُ ابنُ خُزَيْمَةَ، وابْنُ حِبَّان،, وَرَجَحَ النَّسائِيُّ إرْسَالَهُ.
Bermaksud : “Ada seorang Arab Badawi dating kepada Nabi saw lalu berkata, “Aku melihat anak bulan”. Nabi saw bertanya, “Adakah kamu sudah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah?”. Dia menjawab, “Ya”. Nabi saw bertanya lagi, “Dan apakah kamu sudah bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah?”. Dia menjawab, “Ya”. Lantaran itu, Baginda saw bersabda, “Wahai Bilal, umumkanlah kepada orang ramai agar berpuasa esok hari’.
Berdasarkan hadis-hadis tersebut menjelaskan bahawa bermulanya awal bulan itu hendaklah ditentukan dengan melihat anak bulan, sama ada penentuan awal Ramadhan ataupun juga awal Syawal. Seandainya anak bulan tidak kelihatan dek ditutupi mendung, maka pergenapkanlah hitungan menjadi 30 hari. والله أعلم
(Rujukan : Subul al-Salam, jld : 2, ms : 307-310)
No comments:
Post a Comment