Tuesday, July 3, 2012

Apabila Dua Hadis Bertembung ...

KAEDAH MENGELUARKAN HUKUM APABILA DUA HADIS BERTEMBUNG

Sedutan dari Kuliah Maghrib (1/7/2012) di Jasin mengenai dua hadis dalam bab yang sama tetapi hukumnya berbeza.

66/6 – Dari Kitab Bulughul Maram
وعن طلق بن علي رضي الله عنه قال : قال رجل مسست ذكري، أو قال : الرجل يمس ذكره في الصلاة، أعليه الوضوء؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم : لا ، إنما هو بضعة منك.
(أخرجه الخمسة، وصححه ابن حبان)
67/7 – Dari Kitab Bulughul Maram
وعن بسرة بنت صفوان رضي الله عنها، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من مس ذكره فليتوضأ.
(أخرجه الخمسة، وصححه الترمذي وابن حبان، وقال البخاري : هو أصح شيء في هذا الباب)

Hadis (66/6)  yang diriwayatkan oleh Talq bin Ali menjelaskan bahawa menjamah kemaluan (zakar) adalah TIDAK TERBATAL wudhu’.

Manakala Hadis (67/7) yang diriwayatkan oleh Busrah pula menyatakan bahawa sesiapa yang menjamah kemaluannya (zakar), maka hendaklah dia mengambil wudhu’.

Dua hadis ini bertembung dari segi hukumnya.

Saya masih ingat ketika kami berhalaqah dahulu semasa menuntut di Maghrib, al-Marhum Ustaz Ahmad Yazidi menjelaskan, apabila bertembung dua hadis, maka kedua-dua hadis itu hendaklah diamalkan tanpa menggugurkan salah satunya.

الجمع بين الحديثين أولى.
Meskipun ada ulama yang berpegang pada kaedah naskh (gugur), kata mereka, hadis Talq itu pada permulaan Islam sebagai menjawab kepada persoalan seorang Badawi yang bertanyakan Nabi saw.  dan digantikan dengan hadis Busrah ini.

Namun jumhur para ulama berpihak kepada hukum terbatalnya wudhu’ apabila menjamah kemaluan. Yang dimaksudkan menjamah di sini ialah menjamah tanpa berlapik. Ada hadis lain yang juga ditakhrijkan oleh Ibn Hibban dalam sohihnya daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :

إذا أفضى أحدكم بيده إلى فرجه ليس دونها حجاب ولا ستر فقد وجب عليه الوضوء.
(صحيح ابن حبان 2/222، سنن النسائي الباب 31 من الغسل، مسند الشافعي)

Demikianlah berpenat lelah para ulama untuk mengeluarkan sesuatu hukum untuk kebaikan ummah. Ianya bersandarkan method yang padu sehingga sukar untuk dicari kecacatannya.

Namun, jika masih ada manusia yang masih mencelah kecacatan, memperkecil usaha, meremeh para ulama, maka hakikat sebenarnya merekalah yang cacat, merekalah yang kurang dan merekalah sebenarnya parasit agama.

No comments:

Post a Comment