”خذ من أموالهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها“.
(Ambillah dari harta-harta mereka sebagai sedekah yang boleh membersih dan menyucikan mereka)
إقامة العدل (Mewujudkan keadilan sejagat)
”اعدلوا هو أقرب للتقوى“.
(Berlaku adillah keran ia boleh membawa kepada ketqwaan diri)
المصلحة (Kebaikan)
Syari’at Islam diturunkan adalah untuk memberi jaminan pada lima perkara ini :
الدين – النفس – المال – العقل – النسل
الدين – النفس – المال – العقل – النسل
Antara hikmahnya agar manusia sentiasa menjaga batasan ketetapan Allah, mengganjarkan pahala kepada yang patuh dan mengazabkannya bagi yang ingkar. Namun, sebelum itu, diberi ruang yang selayaknya untuk bertaubah atas kesalahan yang dilakukan. Juga sebagai jaminan kepada ummat untuk hidup aman damai.
Dengan terlaksanannya hudud ke atas pencuri sebagai jaminan ke atas hak-hak pemilikan harta, berzina dan pertuduhan zina sebagai jaminan ke atas maruah dan keturunan. Arak pula sebagai jaminan menjaga maruah diri sebagai manusia yang dikurniakan nikmat aqal. Kesemuanya itu sebagai jaminan kepada penganut agama untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat.
Namun, semasa menerbitkan sesuatu hukum sudah pasti terdapat perbezaan pandangan. Oleh itu, perbezaan dan perselisihan yang dibenarkan hanya pada nusus yang terbuka kepada ta’wil dan boleh difahami secara qias.
Syarat mena’wilkan sesuatu nas:
Hendaklah memahami kitab Allah dengan sebenar-benarnya. Kata Imam As-Syafie : “Memahami kitab Allah memerlukan seseorang itu mengetahui lisan Arab, hukum hakam dari wajibnya, adabnya, harusnya, nasakh dan mansukhnya, am dan khasnya”
Hendaklah juga mendalami Hadis Nabi saw – Merangkumi ilmu mustalah hadis, rijal hadis, martabat hadis dan nasakh serta mansukh sesebuah hadis. Kata Imam As-Syafie : “Jika hadis itu sahih maka ia adalah mazhabku”.
Hendaklah mengetahui Bahasa Arab – Terkandung di dalamnya nahu, saraf, balaghah, hakikat, kias kerana setiap perkataan ada maknanya tersendiri. Kata Imam As-Syafie : “Allah telah menggunakan bahasa Arab untuk menutur kepada orang Arab, maka setiap perkataan yang ditutur itu mengikut situasi mereka”.
Hendaklah memahami Kaedah Usul Fiqh – Terdiri daripada kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dari segi dalilnya, syaratnya, pertembungan dan persepakatannya dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment