Thursday, April 12, 2012

Sheikh Dr. Farouq Hamadah

SHEIKH DR. FAROUQ HAMADAH
(Salah Seorang Ulama Hadis Maghribi)
(teks asal berbahasa Arab yang dipetik dari
http://alkeltawia.com/)

Nama penuh fadhilat sheikh adalah Farouq bin Mahmud bin Hasan Hamadah. Dilahirkan di Himsa, Syria, tetapi dibesarkan di Rabat dan juga Kenitra, Maghribi.

Fadhilat sheikh memperolehi ijazaah sarjana muda dalam bidang syariah dari Universiti Damsyiq. Sheikh juga memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan dari Universiti Muhammad al-Khamis di Rabat, Maghribi.

Manakala di pertingkat sarjana pula, sheikh telah memperolehi ijazah sarjananya dari Dar al-Hadis dengan tesisnya bertajuk :
المنهج الإسلامي في الجرح والتعديل


Seterusnya sheikh memperolehi ijazah kedoktorannya yang juga dari Dar al-Hadis dengan tajuk risalahnya (tesisnya) ialah :
دراسة حول الكتب الستة وتحقيق عمل اليوم والليلة للنسائي

Fadhilah sheikh telah memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di universiti semenjak 1976. Antara universiti yang pernah sheikh melibatkan diri sebagai pensyarah ialah universiti di Marakesh, Fes, Meknes dan juga di Rabat.

Manakala dalam bidang persanadan hadis pula, fadhilah sheikh telah menerima ijazah sanad hadis dari empat orang shuyukh yang terkenal, dua daripadanya ulama Maghribi dan dua lagi dari ulama Timur Tengah. Sheikh Dr. Farouq bersama shuyukh muhaddsin tersebut dalam tempoh yang agak lama.

Antara sheikh muhaddis tersebut ialah Sheikh Abdullah al-Ghimari, Sheikh Dr. Said al-Halwani dan juga Sheikh Soleh al-Khatib al-Dimasyqi.

Antara jawatan Sheikh Dr. Farouq Hamadah ialah : Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera Arab di Meknes. Kemudian sheikh berpindah ke Universiti Muhammad al-Khamis di Rabat pada tahun 1984 – 1987. Seterusnya dilantik sebagai professor dalam bidang hadis di fakulti yang sama. Di fakulti ini, sheikh banyak melibatkan diri dalam bidang pengkajian Ulum Islamiyyah dengan pengkhususan kepada para pelajar pasca siswazah.

Fadhilah Sheikh Dr Farouq banyak melibatkan diri dalam seminar-seminar beserta wacana ilmiah, termasuklah juga menerusi radio dan television.

Jawatan terkini sheikh ialah sebagai Penasihat Diraja Sheikh Muhammad bin Zayid di United Arab Emirates (UAE).

Hasil nukilan tuan sheikh dalam pelbagai bidang ilmiah, antaranya dalam bidang al-Quran, al-Sunnah, Sirah Nabawiyyah, Fiqh Islami dan Tamaddun. Antara buku yang telah dicetak ialah :



-مصادر السيرة النبوية.
-دراسة قرآنية في الحضارة.
-تطور دراسات السنة النبوية.
-مدخل إلى علوم القرآن والتفسير.
-الورثة الصالحة للحضارة المعاصرة.
-بناء الأمة بين الإسلام والفكر المعاصر.
-منهج البحث في الدراسات الإسلامية تأليفاً وتحقيقاً.
-مصادر السيرة النبوية وتقويمها، ط دار الثقافة بالبيضاء.
-كتاب الإقناع في مسائل الإجماع، مطبوع بدار القلم بدمشق.
-دليل الراغبين إلى رياض الصالحين، ط دار الثقافة بالدار البيضاء.
-فضائل الصحابة للإمام النسائي: دراسة وتحقيق، طبعة دار الثقافة بالبيضاء.
-المنهج الإسلامي في الجرح والتعديل دراسة منهجية في علوم الحديث،ط بدار طيبة بالرياض، السعودية.

Semoga Allah swt
memberkati fadhilat sheikh
yang telah berjasa dan berbudi
kepada ummah muhammadiyyah

tuan memiliki kelebihan
kami sekadar menumpang kerdipan
kami doakan tuan mendapat keredhaan
sebagai aliran ganjaran hasil tulisan dan ulasan

doakan kami
dan juga zuriat keturunan kami
agar beroleh percikan keilmuan
yang tuan titiskan kepada kami
agar tuan, kami dan zuriat keturunan kami
mendapat keberkatan dan perlindungan serta penjagaan dari-Nya

No comments:

Post a Comment