Media melaporkan Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM25 kepada :
1) Faiqah Azizan, 24,
2) Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan
3) Nooranishah Mohamad Isa, 19,
selepas mereka mengaku bersalah kerana berkelakuan demikian di pusat hiburan di Nilai. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. (mkini, Mac 30, 2012)
Indahnya nama mereka
faiqah bermakna terbaik dan terunggul
nurulhuda bermaksud cahaya petunjuk
nooranisah pula sinaran dara sunti
jika disebut
nama-nama ini kepada mak ayah
laluan untuk bermenantukan pasti lebih mudah
bahkan anak-anak dilahirkan juga tertarik untuk menamakannya
lihatlah
besarnya harapan mak ayah
tingginya impian mereka
hebatnya cita-cita kedua-dua orang tua
alangkah sedihnya
umur, 19, 23 dan 24
mengularkan diri pada tiang bendera
akhirnya didenda RM25 seorang
persoalannya
memadaikah RM25 itu sebagai dendaan
bayaran sekali panjat tiang benderapun mungkin RM250
bayaran naikkan bendera untuk satu malampun mungkin RM2500
penyelesaiannya ?
ada permintaan + ada penawaran = RM25
ada permintaan + tiada penawaran = RM00
tiada permintaan + ada penawaran = RM00
tiada permintaan + tiada penawaran = RM00
dari itu,
islam mengajar kita
amar maaruf dan nahi mungkar
kedua-duanya menyusur serentak
menghalang permintaan dan menutup penawaran
selagi ada penawaran, maka selagi itulah ada permintaan
No comments:
Post a Comment