· Hati yang soleh akan sentiasa menjadi rebutan para syaitan yang direjam. Dari itu, para solehin hendaklah sentiasa berawas dan berkawal.
· Membaca al-Fatihan sebagai amalan harian. 7 kali sebelum tidur, ditiup di kedua-dua tapak tangan dan disapu ke seluruh anggota badan.
· Melaungkan azan di setiap penjuru rumah sebanyak 7 kali. Diakhiri dengan membaca surah al-Qadr dengan mengulang-ulang sebanyak 3 kali ayat yang terakhir.
· Membaca Bismillah 5, iaitu :
بسم الله الرحمن الرحيم، بسم الله الشافي، بسم الله الكافي، بسم الله الـمُعافي،
بسم الله الذي لا يَضُرُّهُ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
· Sentiasa beramal dengan surah-surah munjiaat : Yaasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah, Al-Hasyr, Al-Mulk, Al-Jin dan Al-Insan.
· Disamping itum bacalah surah-surah : Al-Kahfi, As-Sajadah, Al-Fajr, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
· Kemudian berdoalah dengan doa ini :
تَحَصَّنْتُ بِحِصْنِ لا إله إلا الله
Ertinya : Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan Melainkan Allah swt.
Kenali Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah
· Nafsu adalah sebahagian dari kita. Ini berbeza dengan syaitan kerana ia dari unsur luaran dan lebih mudah dihalau berbanding nafsu.
· Nafsu tidak boleh dihalau dan dibunuh seperti yang dilakukan oleh golongan Nasara. Sebaliknya ia perlu dididik, ditarbiah, ditazkiah, ditahzib dengan penuh ketekunan dan kewaspadaan.
· Antara sifat-sifat mahmudah yang perlu kita hiasi diri ialah : Taubat, Khauf, Zikr al-Maut, Mahabbah, Zuhud, Tawakkal, Ikhlas, Syukur, Redha dan Sabar.
· Manakala sifat-sifat mazmumah yang sepatutnya kita hindari ialah : Marah, Hasad, Bakhil, Buruk Makan, Buruk Cakap, Gila Kuasa, Gila Dunia, Kagum Diri, Takabbur dan Riya‘.
No comments:
Post a Comment