Thursday, April 19, 2012

Semuanya Kerana Wang


Disebalik pelaksanaan PTPTN
ada insan yang mengaut keuntungan
mereka ini terdiri dari penguasa dan pengejar peluang 
mereka tahu, inilah cara mudah untuk penuhkan karungan

disebalik jalanraya bertol
ada insan yang juga mengaut keuntungan
mereka ini terdiri dan penguasa dan rakan pakatan
mereka tahu, inilah jalan yang menjanjikan pulangan yang lumayan

disebalik apa sahaja
akan ada sesiapa sahaja
yang berwatak pelahap dan tiada peri kemanusiaan
mereka menyamun dan merembat secara terhormat
kerana mereka pemilik segalanya : kuasa dan kuasa

kumpulan ini sentiasa berselindung di sebalik kebajikan
gerombolan ini akan membina masjid kebaktian
agar dilihat sebagai kerdipan permata yang bersinar
maka berkejaranlah rakyat marahain mohon belas ihsan

tetapi hakikatnya
kerdipan tadi adalah sinaran mata pedang
ia memancung di kala kita alpa
ia memutus di kala kita bergembira
ia menghunus di kala kita ketawa

rakyat pasti akan bertanya
soalan rakyat sudah pasti mendahului soalan mungkar nakir

kenapakah kamu hidup mewah walhal rakyat sentiasa derita
kenapa kamu bergaya sakan walhal rakyat merintih demi sesuap
kenapa kamu dan kamu kenapa
yang akhirnya rakyat yang akan dimangsakan

keadilan umar
kewarakan usman
mereka buang
kerana mereka itu adalah mereka
dan bukannya mereka itu para sahabat

sedar dan insaflah
dunia, harta dan pangkat
untuk berlagak sebelum hujan turun
bilah bah semuanya akan berubah

pangkat akan mendakwa
harta akan berkata
dunia akan menyaksikan
bahawa kita bukanlah sebenarnya umah muhammadiyah
kita adalah ummah bahimiyyah au adhall

No comments:

Post a Comment