Thursday, April 5, 2012

Sheikh Al-Marhum Dr. Ibrahim bin Siddiq

(Ulama Hadis Maghribi)
(teks asal berbahasa Arab tulisan Badrul Umrani)

Beliau ialah Ibrahim bin Siddiq al-Ghimari al-Tanji, adik bongsu kepada ulama hadis Maghribi yang terkenal, Sheikh Ahmed bin Siddiq. Dilahirkan di Tanger, Utara Maghribi pada 17 Rejab 1305 (1935M).

Beliau dibesarkan oleh abang sulungnya, Sheikh Ahmed, lantaran kematian bapanya semasa beliau berusia dua bulan. Sheikh Ahmed telah memulakan pengajian  awal adiknya ini ketika usia enam tahun di kuttab. Di sana, beliau telah mula belajar membaca, menulis dan menghafaz al-Quran atas didikan Said al-Hauzi dan al-‘Ilmi Shabu al-Qasimi.

Suasana ilmu yang subur dalam kalangan ahli keluarganya, tambahan pula persekitaran yang ada, turut membantu beliau mengecapi nikmat berilmu dari sumbernya yang sebenar. Demi kecintaan yang tinggi kepada ilmu pengetahuan telah membuka laluan untuk beliau bergerak dari kampung halaman ke masjid Qurawiyyin di Fes. Di sana, beliau berguru dengan Sheikh Abdullah al-Saqalli, Sheikh Abdul Hadi al-Yaaqubi, Sheikh al-Abid al-Kharsyafi, Sheikh al-Fatimi dan ramai lagi dari kalangan ulama tersohor ketika itu.

Dengan semangat dan azam yang tinggi, beliau melangkah lebih jauh menuju ke bumi anbiya’, Mesir pada tahun 1957. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar dengar mengutip permata berharga dari sheikh-sheikh universiti tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga menadah kitab hadis di hadapan abang sulungnya, Sheikh Ahmed sehinggalah abangnya meninggal dunia pada tahun 1960.

Pada tahun 1961, beliau bergerak pula ke Iraq untuk melanjutkan pengajian dalam bidang syariah selama setahun. Selepas itu, beliau kembali ke bumi tanah tumpah darahnya, Maghribi. Beliau meneruskan pengajian syariahnya di Fakulti Syariah, Fes sehinggalah memperolehi ijazah pada tahun 1965. Kemudian beliau melanjutkan lagi pengajian di Darul Hadis, Rabat pada tahun 1966 sehingga berjaya memperolehi ijazah sarjana  dalam bidang hadis pada tahun 1975 di bawah tajuk :
الجرح والتعديل في المدرسة المغربية للحديث تحت إشراف الأستاذ علال الفاسي
Seterusnya, beliau melangkah lagi pengajian hadisnya untuk memperolehi ijazah kedoktoran pada tahun 1985 dengan tajuk :
"علم علل الحديث من خلال كتاب (بيان الوهم والإيهام الواقعين في كتاب الأحكام)
لابن القطان الفاسي" تحت إشراف : الدكتور محمد فاروق النبهان

Antara, guru-guru yang sempat beliau mengutip ilmu daripada mereka ialah :

 الشيخ محمد (فتحا) الفتوح تلقى عنه النحو بالأجرومية بالأزهري.
 أخوه الشيخ أحمد : أخذ عنه صحيح البخاري كما لازم مجالسه في صحيح مسلم.
 أخوه الشيخ محمد الزمزمي : قرأ عليه الألفية بشرح ابن عقيل، و الفقه بتحفة الحكام، وأصول الفقه بجمع الجوامع و البلاغة بالجوهر المكنون والأصول بكتاب الخضري.
 أخوه الشيخ عبد الحي تلقى عنه المنطق.
 أخوه الشيخ الحسن : أخذ عنه الأجرومية في النحو بالأزهري.
 الشيخ محمد بوشْفَنْفَنْ : تلقى عنه الصرف، ومختصر خليل في الفقه والنحو بأزمور.
وأجازه أخوه أحمد و الشيخ عبد الحفيظ الفاسي.

Sheikh Ibrahim memulakan khidmat jasa kebaktiannya di Fakulti Usul al-Din di Tetuan sebelum bertugas di Darul Hadis untuk beberapa tempoh tertentu. Beliau juga dilantik sebagai Presiden Majlis Ilmu di Tanger semenjak tahun 1996 sehinggalah beliau meninggal dunia.

Antara hasil tulisan peninggalan beliau ialah :
ترتيب أحاديث أخبار القضاة لوكيع .
 الجرح والتعديل في المدرسة المغربية للحديث. ط في جزئين بالمغرب .
 طرفة المشتهي فيما أسنده الحافظ البندهي. ترتيب أحاديث شرح المقامات الحريرية. و هذا العمل كان بأمر أخيه الأكبر، فلما انتهى منه سلمه له، وبقي مع جملة كتبه.
 القول الوجيز في ترجمة أخي عبد العزيز. و اختصار ل "تعريف المؤتسي بأحوال نفسي" . ومصيره كسابقه .
 مسند أبي القاسم حمزة بن يوسف السهمي. ترتيب أحاديث تاريخ جرجان . خ .
 علم علل الحديث من خلال "بيان الوهم و الإيهام الواقعين في كتاب الأحكام" لابن القطان الفاسي . ط في جزئين بالمغرب .
 نماذج من أوهام النقاد المشارقة في الرواة المغاربة . طبع بمصر .
 مالك المحدث ، بحث كتبه في ندوة الإمام مالك .
 المغاربة و احتجاج الإمام مسلم بصحيفة أبي الزبير عن جابر كتبه في ندوة الإيسسكو .
 بحث حول دراس بن إسماعيل الفاسي أبي ميمونة (ت 357هـ) . أشار إليه في كتابه الجرح و التعديل 1/147 .
 مناقشة محضر أبي الخطاب ابن دحية الكلبي . نشر بمجلة الأحمدية بالإمارات .
 بحث حول التعمير و المعمرين . نشر بمجلة دعوة الحق المغربية .
 مستدرك ابن حزم على الصحيحين ، قال : و قد تتبعت الأحاديث التي احتج بها في "المحلى" فاجتمع لدي الكثير منها مما يصح أن يعد مستدركا لابن حزم على الصحيحين ، أعان الله على ترتيبها و إخراجها" . الجرح و التعديل 1/184 .
قلت : تسميته بالمستدرك فيه نظر، و لا يخفى ما انتقد على الحاكم حول هذا المصطلح ، والأولى أن يسمى : صحيح ابن حزم .
- بحث حول ابن عبد الملك ابن حبيب الأندلسي . نشر في مجلة دعوة الحق .
 و قد نشرت دار البشائر الإسلامية مجموعة من مقالاته في جزء ، منها ما ذكر هنا.

Pada hari Khamis, tanggal 6 Safar 1424 yang bersamaan dengan 10 April 2003, di Hospital Besar Rabat, selepas deserang penyakit cancer paru-paru beberapa tahun, maka telah dijemput Sheikh Al-Marhum menghadap Ilahi. Disemadikan di Tanger bersebelahan dengan bapanya juga abang-abangnya, Sheikh Abdullah, Sheikh Abdul Aziz dan Sheikh Abdul Hayyi.

Saya  bersama rakan-rakan diizinkan Allah sempat menziarahi mereka semasa hidup, termasuklah Sheikh Abdullah, Sheikh Abdul Aziz dan Sheikh Abdul Hayyi.

Sepinya dunia tanpa kalian
pemergian kalian tiada galang ganti
jasa kalian kepada ummah tidak tebilang
hanya Allah yang mengganjarkan segala-galanya
dihimpunkan kalian dalam zumratul para solihin
al-fatihah buat kalian semua...aamin.


مصادر الترجمة :
بحث الجهود العلمية للأسرة الصديقية : دراسة بيبلوغرافية للطالبة لبابة ابن عجيبة

No comments:

Post a Comment