Thursday, April 12, 2012

Syukur Alhamdulillah

Saya, isteri dan ust Din diberi kesempatan masa dan peluang sehingga dapat mengunjungi Yg Bhg Sheikh Dr. Farouq Hamadah di hotel penginapanannya. Seingat saya, ini adalah kali kedua saya bertemu beliau di bumi Malaysia.

Pertemuan pertama semasa saya berdiploma pendidikan di UIAM pada tahun 1995. Satu majlis ilmu diadakan di sana dengan kerjasama almarhum ust Mad. Pada masa itu, saya diberi peluang untuk bertindak sebagai pengacara bagi majlis tersebut

NASIHAT BERGUNA
Sepanjang pertemuan
sehampir 2 jam
tuan sheikh menyuntik semangat 
memang apabila disuntik pasti terasa

katanya, kita banyak membazir masa
mempelajari ilmu agama tidak berupaya
lantaran lemah menguasai bahasa
tiada pula kesungguhan di dada
tambahan pula kecacatan sistem yang ada

jadilah akhirnya sedemikian rupa
sekadar mengejar sekeping ijazah
katanya, situasi seumpama ini amat menyakitkan

masa begitu banyak terbuang
kos kewangan yang dibelanjakan
walhasil kama huwa

 
SEINDAH PERSAUDARAAN
Sukar hendak digambarkan
suasana persaudaraan seumpama ini
semoga diberkati Allah pertemuan ini


ANAKKU BERSAMA SHEIKH DR
Semoga memperolehi
keberkatan hidup
dan sinaran ilmu tuan guru

No comments:

Post a Comment