1- Apabila terlalu menurut kata hawa nafsu yang sentiasa membisikkan kepada kita keseronokan duniawi. Akhirnya mata, telinga, dan aqal kita tewas dek bisikan tersebut.
Perhatikan Firman Allah swt. dalam surah al-Jasiah (23) :
|M÷uätsùr& Ç`tB xsªB$# ¼çmyg»s9Î) çm1uqyd ã&©#|Êr&ur ª!$# 4n?tã 5Où=Ïæ tLsêyzur 4n?tã ¾ÏmÏèøÿx ¾ÏmÎ7ù=s%ur @yèy_ur 4n?tã ¾ÍnÎ|Çt/ Zouq»t±Ïî `yJsù ÏmÏöku .`ÏB Ï÷èt/ «!$# 4 xsùr& tbrã©.xs? ÇËÌÈ (الجاثية : 23)
Ertinya : Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang Yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
2- Bahkan, patuhan mereka terhadap kerajaan nafsu ini melantunkan kehidupan mereka dengan memuncakkan kesombongan, keangkuhan dan ketakburan. Perhatikan apa kata Firaun apabila diutuskan utusan Ilahi kepadanya sebagaimana yang disebut dalam surah an-Naziaat (23-24) :
u|³yssù 3y$oYsù ÇËÌÈ tA$s)sù O$tRr& ãNä3/u 4n?ôãF{$# ÇËÍÈ (النازعات : 23-24)
Ertinya : lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, - Dengan berkata:
"Akulah Tuhan kamu, yang tertinggi".
Rantaian nafsu ini tanpa berkesudahan. Semenanjung Tanah Arab pula dimamahnya dengan berbekalkan budaya jahiliyyah, bersulamkan aqidah sembahan berhala, hancurlah sudah maruah wanita, binasalah pula sosial kehidupan yang bersendikan perjudian dan minuman keras. Beginilah nasib kaum Arab lantaran bernafsukan halwa semata-mata.
3- Hati juga akan menjadi punah ranah apabila dunia menjadi matlamat dalam kehidupan. Mengejar dunia seolah-olah mahukan kehidupan ini berlanjutan sehingga berkurun-kurun lamanya.
4- Hati yang rosak, musnah dan busuk tadi melaungkan semangat jahanamiah. Menjulang tuannya supaya melawan, menentang dan mencabar kebenaran. Lantaran kebenaran itu tidak bersejajarkan kehendak nalurinya. Adakah mereka membaca Firman Allah swt dalam surah Yaasin (77)? :
óOs9urr& tt ß`»|¡RM}$# $¯Rr& çm»oYø)n=yz `ÏB 7pxÿõÜR #sÎ*sù uqèd ÒOÅÁyz ×ûüÎ7B ÇÐÐÈ (يس : 77)
Ertinya : Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telahmenciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati).
No comments:
Post a Comment