Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan. "Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Khaled sebelum itu menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa sebagai tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan. (mkini, Mac 30, 2012)
Dahulu saya belajar di bumi Maroc
sebuah negara yang beraja
sebuah negara yang beruniversiti
sebuah negara yang menuju kemodenan
hebatnya di sana,
ilmunya merata-rata tanpa ada sekatan
siapa rajin kendong maka dia dapat
hebatnya di sana,
rakyatnya miskin
rajanya tidak sekaya raja Brunei
pembangunannya tidaklah seteruk Papua NG
tetapi
mampu menyara rakyatnya
mampu memberi pendidikan percuma
dari sekolah rendah ke tahap universiti
bahkan diberi elaun pula untuk setiap mahasiswanya
saampai sekarang belum muflispun kerajaannya
sampai sekarang negaranya masih boleh survival
sampai sekarang berkembang pesat pembelajaran di sana
bukan untuk dibanding, sekadar memberi contoh
bukan untuk dibeza, sekadar memberitahu
bukan untuk diperlekehkan, sekadar merespon
No comments:
Post a Comment