Monday, July 2, 2012

Feqah : Pengertian dan Sejarah Perkembangannya

Pengertian Feqah : Bahasa - Tahu tentang sesuatu, Syara’ – Himpunan hukum hakam syariat yang diambil dari dalil-dali yang jelas.

Perbincangan Ilmu Feqah : Perbuatan orang mukallaf yang dikaitkan dengan hukum hakam syariat.

Feqah Pada Zaman Nabi saw :

Semasa di Mekah, ianya bertujuan untuk membetulkan aqidah dan memperbaiki akhlak manusia seperti menjauhkan diri dari pembunuhan, perzinaan, pembunuhan anak dan pelbagai amalan keji yang lain.

Manakala di Madinah pula, ianya menyentuh soal pembinaan syariat yang berkaitan individu, masyarakat dan negara, seperti ibadah, muamalat, jihad, jinayah, pewarisan, perwasiatan, perkahwinan, penceraian.

Ciri-ciri Feqah Pada Zaman Nabi saw :

Hanya Rasulullah saw  sahaja yang mengeluarkan hokum. Manakala ayat yang diturunkan pula adalah bersesuaian dengan keadaan ataupun sebagai     menjawab sesuatu persoalan. Pada masa itu hukum feqah didatangkan secara terpisah-pisah.

Asas-asas Feqah Islami :

i- Tidak menyusahkan
ii- Meringankan tanggungan
iii- Pelaksanaan syariat secara berperingkat
i. Tidak menyusahkan (adamul haraj).
 
Bentuk kesusahan ada 2 :
1.       Kesusahan asas – makan, minum, pakai …
2.       Kesusahan mendatang – ia menganggu diri, harta dsb

Kesusahan mendatang ada 7 :
1.       Gugurkan ibadah – Ibadat haji ketika tiada keamanan
2.       Kurangkan bilangan – solat qasar
3.      Ganti – Tayammum ganti wudhu’
4.      Taakhir – Jama’ di Muzdalifah
5.      Pilihan – Cara solat ketika takut
6.      Tarkhis – minum arak ketika dharurat

ii. Meringankan Tanggungan .
Aqra’ ibnu Habis telah bertanyakan Nabi saw tentang ibadah haji : Adakah wajib pada setiap tahun wahai Rasulullah saw?, jika baginda menjawab ya pasti ia menjadi wajib …sesungguhnya binasa umat terdahulu kerana banyak bertanya dan banyak selisih pendapat dengan para nabi mereka.

iii.Pelaksanaan secara berperingkat
Pengharaman arak :
1.       Mudharatnya banyak, Faedahnya sikit. (al-Baqarah/219)
2.       Jangan solat jika mabuk (an-Nisa’/43)
3.      Arak itu najis (Al-Maidah/90)

Feqah Pada Zaman Sahabat :

Para sahabat ra berbeza memahami maksud ayat. Contoh : Tempoh ‘Iddah bagi isteri kematian suami sedangkan dia mengandung. Nas menyebut : Mengandung : Sehingga melahirkan anak. Manakala bagi kematian suami : 4 bulan 10 hari

Contoh lain : Berkaitan tempoh ‘iddah 3 quru’ (suci / haid).
  - Ibnu Mas’ud dan Umar : ‘iddah selepas  suci haid ke-3
  - Zaid bin Thabit : ‘idahnya sebaik sahaja datang haid ke-3

Contoh lain : Berkaitan mandi hadas.
  - Ibnu Umar : menyuruh perempuan menguraikan sanggul rambut mereka.
  - Saidatina A’isyah : Aku mandi bersama Rasulullah dari satu bekas dan disiram tiga kali siraman atas kepalaku.

Terkenal dalam kalangan sahabat ra : Khulafa’ Rashidin, Zaid bin Thabit, A’isyah Ummu Mu’minin, Abu Musa Asya’ari, Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Mas’ud, Ibnu Amru ibnu ‘As dan Muaz bin Jabal.

Feqah Pada Zaman Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in :

Faktor Tersebar Feqah Islami : Ambil cakna khulafa’ terhadap feqah dan fuqaha’. Mereka melantik gabenor dari kalangan ulama. Contohnya Abu Jaafar al-Mansur memberi pelbagai hadiah kepada ulama. Al-Ma’mum sentiasa melibatkan diri dalam majlis perbahasan ilmu.

Wujudnya kebebasan berfikir. Mereka bebas untuk berijtihad pada sesuatu hukum selagi mana mereka pakar dalam bidang tersebut. Mereka juga tidak terikat pada mana-mana mazhab dan tidak pula memaksa orang lain mengikut apa yang terhasil daripada ijtihadnya itu.

Terdedah kepada pelbagai isu untuk dibahaskan, samada di majlis-majlis ilmu, masjid, rumah sehingga terbawa-bawa dalam gaya bahasa penulisan mereka.
Berkaitan dengan sesuatu makna perkataan, penggunaan bahasa, kaitan dengan al-Quran dan Hadis, amalan para sahabat ra, perbandingan dan sebagainya. Iraq dengan pengaruh Farsinya, Syam pula dengan Romenya, Mesir pula campuran antara Mesir kuno dan Rome. Dari itu, maka hukum di Iraq berbeza dengan hukum di Mesir bagi isu yang sama lantaran berbeza latar belakang masyarakat bagi sesuatu tempat.

Terkenal dalam kalangan Tabiin : Mekah : Mujahid, Ikramah, Ata’, Kufah : Said bin Jabir, Basrah : Ibnu Sirin, Hasan Basri, Syam : Makhul, Auzai’e, Mesir : Yazid bin Habib, Al-Lais bin Saad, Terdapat juga : Al-qamah bin Qais An’-Nakhaie, Ibrahim Nakhai’e dan banyak lagi termasuklah imam mazhab empat.

Zaman Selepas itu hingga kini :

Bermula zaman taqlid atau ikut-ikutan. Antara puncanya :

Ulama’ telah menghabiskan banyak masa dalam menulis buku bagi memudahkan cara pemahaman dan cara beramal dengannya. Ini membuka ruang untuk mencedok begitu sahaja tanpa perlu penat lelah berijtihad.

Terputus hubungan antara ulama dan kurangnya pertemuan talaqqi mushafah.Kata Ibnu Khaldun : “Menuntut ilmu dan bertemu guru menambahkan lagi kesempurnaan sesuatu ilmu tersebut”.

Terdapat banyak karangan dan buku-buku dalam pelbagai disiplin ilmu yang boleh mengengkang seseorang daripada berijtihad.

Orang –orang Islam wujud hanya pada nama, tetapi ibadat, ekonomi, pendidikan, politik dan adat istiadatnya adalah barat atau timur, bukan Islam!

(Petikan dari buku “Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam” tulisan Dr Hassan Muhammad Hassan)

*      Itulah apa yang diungkapkan oleh Lord Gladstone - Bekas Perdana Menteri Britain – “ Selagi al-Quran ini masih ada, Eropah sendiri tidak akan merasa aman”.
*      Demikian juga ditegaskan oleh George Brown pada tahun 1944, katanya,       Dahulu kita bimbangkan berbagai-bagai bangsa, tetapi selepas percubaan kita dapati tidak ada justifikasi untuk merasa takut,
*      Namum bahaya yang sebenarnya wujud dalam sistem Islam dan kemampuannya untuk meluas, dayanya untuk menundukkan, kecergasannya untuk berkembang,ia merupakan satu-satunya tembok penghalang penjajah Eropah”

No comments:

Post a Comment