Rasanya tidak lengkap blog saya jika tidak dititipkan berkenaan isu yang menggemparkan Putrajaya, atau dalam bahasa yang lebih menepati sasaran ialah mengegarkan kerusi Jabatan Perdana Menteri (JPM) kita. Masakan tidak, ianya terjadi hanya di tingkat bawah, sedangkan pula kerusi JPM kita di tingkat atas.
Beza antara bawah dan atas adalah terlalu dekat. Dinamakan atas kerana ia di atas, dan dinamakan bawah kerana ia berada di bawah. Itu sahaja. Kalau yang berada di bawah naik ke atas, maka jadilah atas, jika yang di atas turun ke bawah, jadilah bawah.
Agak memeningkan ungkapan saya itu. Namun, tuan-tuan masih boleh mewaraskan keadaan, berbeza dengan rakan kita ini, almarhum yang disebut-sebut sebagai seorang yang memilki pengkalan data yang rosak (sakit mental).
Apa yang sedihnya, dikaitkan pula dengan ‘Imam mahdi’. Kalaulah beliau seorang yang bersakitkan mental, usahlah diterima pakai kata-katanya yang mendakwa sebagai Imam Mahdi. Kemudian, disogok pula dengan kumpulan ajaran sesat.
Ingin saya bertanyakan rakan-rakan termasuk menteri yang menjaga hal-hal keselamatan negara, adakah prasyarat jika seseorang itu ingin mengamuk, maka beliau hendaklah terdiri dari kalangan pak imam, tok lebai, pak ustad…itu sahaja ke? Manakala yang selain itu tidak dibenarkan mengamuk, jika mahu juga mengamuk, perlulah berpakaian ala keagamaan sikit, serban ke, bertudung ke dan sebagainya. Tolonglah…
Saya memang rimas dan kurang selesa sangat-sangat apabila sesuatu yang dilakukan di luar norma-norma kemanusian lantas dikaitkan dengan pendokong agama.
Pernah suatu ketika dahulu, semasa saya masih bertugas, saya dimaklumkan oleh bos saya bahawa terdapat seorang pelajar telah menghadirkan diri dalam ceramah parti pembangkang. Pertuduhan itu datangnya dari JPM.
Namun apabila diselidiki, ternyata yang menghadirkan diri itu dalam ceramah itu adalah bapa kepada pelajar tersebut yang pada masa telah memakai baju institusi tempat saya bertugas. Tolonglah…
Kita selalu bercakap, “Janganlah menghukumkan sebuah buku itu berdasarkan bacaan kulitnya”.
Tetapi kita telah menghukum almarhum itu dan kaitkan pula dengan ajaran sesat dan Imam mahdi. Tak pasal-pasal, Jakim pula dijadikan sasaran untuk membuka gelanggang silatnya bagi melihat sejauh mana sesatnya ajaran yang beliau anggotai dan sedalam mana pula tahap Imam Mahdinya.
Meskipun isu ini terus dikembarkan dengan isu keagamaan, namun saya masih percaya bahawa tahap keselamatan kita perlulah dipertingkatkan. Tak perlulah kita mengalihkan pandangan dari isu utama, isu keselamatan negara.
Atau juga ianya hanya sekadar teater jalanan...!?
Atau juga ianya hanya sekadar teater jalanan...!?
No comments:
Post a Comment