Thursday, September 13, 2012

Abg Hasan Dalam Kenangan

Rasanya sekejap sahaja
detik bersama beliau
alam akhirat telah memisahkan
antara kegirangan kita bersama beliau

tanggal 12hb. Sept 2012
berhari Rabu
tepat detik 3 50 petang
Seksyen 9 di rumah Kak Jah

menyaksikan seorang hamba
telah dijemput
untuk bertemu Tuhan

seorang hamba
yang begitu dermawan
lagi pemurah
untuk dipersilakan

seorang hamba yang periang
dan kelihatan teramat tabah
untuk dihidangkan

seorang hamba
yang begitu menekankan
hubungan silaturrahim
sesama sanak saudara
telah diketemukan

seorang hamba
yang memiliki segala
sifat mahmudah
untuk diraikan

seorang hamba
yang sukar dicari galang
telah terpilih
untuk menerima kunjungan

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar

Allah swt
lebih menyayanginya

Allah swt
lebih memahami

Sabarlah
dan bersabarlah
hadapi ketentuan

 Abg Hasan
meskipun seketika
menerima rawatan dari saya
namun terasa bagaikan bertahun

hubungan saya bersamanya
begitu akrab
sukar untuk dinukilkan
hanya hati dan perasaan yang mampu menyatakan

kenangan bersama beliau
amat manis terasa ukhuwwahnya
meskipun seketika
tetapi takdir Ilahi mengatasi segala
memperlawa beliau melihat
keagungan dan kebesarannyanNya

genap 51 tahun 2 hari
sambutan hari ulang tahun
sempat juga memotong kek
bersama anak-anak
keluarga dan sahabat handai
kini berakhir

kami doakan
abg Hasan
diberi ketabahan
menghadapi segala dugaan

Ya Allah
ampunkan segala dosa-dosa kami
dosa sahabat kami ini
atas segala keterlanjuran
kerana keampunanMu
lebih meluas
berbanding seksaanMu

Masukkanlah beliau
ya Allah
bersama-sama
kumpulan para solihin
para siddiqin dan para nabiyyin

Selamatkan beliau
ya Allah
dari seksaanMu
kerana beliau adalah seorang
yang amat baik pada semua

Amin amin
Ya Rabbal ‘alamin.

al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment