==================== Sisipan Minda =====================
Selepas Jumaat tadi (21.09.2012), ribuan umat Islam melahirkan rasa marah dan bengang di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika atas penyiaran filem yang berunsur penghinaan kepada Nabi saw.
Saya tidak berkesempatan untuk hadir bersama mereka bagi melahirkan rasa rimas dan bosan dengan perangai mereka.
Sebenarnya di minda ini timbul pelbagai soalan yang kait mengait antara satu sama lain. Ada yang menghantar sms agar jangan menggunakan facebook dan google, ada pula yang melarang untuk mengakses you tube dan sebagainya.
Pada hakikatnya kedudukan kita dengan kelompok Yahudi ini bagaikan penyewa dengan tuan empunya rumah.
Tuan rumah menyediakan segala perabot yang ada, bermula dari kain lap kaki sehinggalah kepada kain cadar katil. Penyewa pula berlenggang perut masuk menginap dengan segalanya telah tersedia. Tanpa penat berfikir dan memerah otak, semua peralatan boleh diakses dan digunakan.
Kalau kita ingin menyenaraikan produk Yahudi, tak cukup muka surat untuk dibuat catatan. Bermula dari makanan, minuman, pakaian, kenderaan, peralatan elektronik dan segalanya termasuklah juga hotel-hotel mewah yang sebahagiannya telah ada di Tanah Haram.
Justeru, mereka selaku tuan rumah boleh buat apa sahaja kepada penyewa, kerana kita pengguna dan mereka pula pembekal. Banyak keperluan harian kita adalah bergantung kepada bekalan mereka.
Lantaran itu, mereka mampu dan berani pula melakukan apa sahaja, kerana mereka ada kuasa, kerana mereka pengatur ekonomi dunia dan kerana mereka pencatur segala.
Keangkuhan mereka tiada tolak bandingnya. Apa yang mereka hairan dengan demonstrasi berair liur?, Apa yang mereka takut dengan membakar bendera Yahudi dan Amerika?.
Kelompok ini tidak takut kepada sesiapa. Kumpulan ini tidak menghiraukan keluhan bangsa yang terseksa. Spesies ini sanggup melakukan apa sahaja, hatta menghina Nabi kita saw.
Usah dikatakan Nabi kita saw, nabi yang diutuskan kepada merekapun mereka bangkang dan cakah. Nabi Musa as sering menerima ugutan dan ujian dari kaumnya yang berlagak sombong dan angkuh.
Dari itu, kita perlu mencari mekanisma yang baharu agar dapat bertindak sebagai tamparan dan henyutan padu yang membenakkan dada mereka.
Saya tahu, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, kita perlu berusaha menuju tujuan tersebut.
Induk kekuatan kita ialah ukhuwwah. Ikatan persaudaraan seagama mampu bertindak sebagai pemangkin untuk menjulang kenyataan itu.
Kita mesti kembali bersatu dan berpadu atas dasar agama. Kita perlu tinggalkan perjuangan yang berteraskan darah daging dan lidah bahasa.
Kejayaan Rasulullah saw mengatasi kehebatan ahlil kitab ialah agama Islam yang disampaikan, bukannya atas dasar bahasa yang diungkapkan.
Jika ikutkan bahasa, Abu Jahal sebahasa dengan Nabi saw, tetapi beliau adalah antara pendominasi ulung untuk menghina Nabi saw.
Jika ikutkan darah daging, Abu Lahab seketurunan dengan Nabi saw, sedangkan beliau adalah pengkutuk Nabi saw yang terhebat sehinggakan al-Quran mencatat kutukan balas oleh Allah swt ke atasnya.
Ringkasnya, berpadulah kita dengan seikhlas hati, bukannya berpura-pura sebagai pejuang agama apabila ada point untuk diraih. Maka, bersongkoklah ia, berbelitkan kata-kata syahadah di kepala dan sebagainya, yang kesemuanya itu agar dipandang orang kita pejuang agama.
Sedarkah kita bahawa pejuang agama bukannya bertempat dan berketika. Islam mengajar kita agar sentiasa bersama agama, sentiasa meninggikan agama, hatta hidup mati kita hendaklah berpayungkan agama.
Usahlah hanya beragama di musim membajak. Kelak nanti dibilang orang kita kempunan upahan. Usahlah juga hanya beragama di musim kematian. Kelak nanti ditengok orang kita sudah ada kesedaran.
Bila di hujung musim, kita kembali menyiat keringat tanpa memperduli kelibat agama, terkadang kita merungut pasal agama, malah ada yang lebih teruk dengan mempersetankan agama.
Dari itu, jagalah Islam, pasti Islam akan menjaga kita. Bantulah Allah, pasti Allah swt akan membantu kita. Tolongkan Rasul-Nya, pasti kemenangan kan bertapak jua.
No comments:
Post a Comment