Saya secara sengaja memetik pandangan dan amalan para ulama silam terhadap amalan berzikir menerusi ayat-ayat suci al-Quran al-Karem.
Ini memandangkan situasi kita dihimpit kiri dan kanan, siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengira masa, ketika dan usia agar kita menjarakkan diri daripada beramal dengan ayat-ayat tersebut.
Budaya ini menyudahkan kita agar sentiasa terbenteng kehidupan iman dan taqwa dalam diri daripada tumbuh subur dan menjalar.
Apabila iman dan taqwa telah menyusut, maka akan muncullah budaya kesyaitanan dan kejinan yang akan menumbuh liar di persada diri.
Oleh itu, sebelum kita dipisahkan dengan dengan hanya sehelai kain putih penutup jati diri, eloklah kita semarakkan amalan ini sebagai penghias diri.
Antaranya ialah amalan membaca ayat al-Kursiy yang disebut oleh para ulama sebagai ayat pembuka, ayat penjinak, ayat barakah, ayat permohonan dan sebagainya lantaran di dalamnya terkandung lima nama Allah swt Yang Maha Suci ( هو – الحي – القيوم – العلي - العظيم)
Amalan membaca ayat tersebut bolehlah dilakukan seperti berikut :
1- Membaca ayat al-Kursiy sebanyak bilangan hurufnya (170 huruf), atau kalimahnya (50 kalimah) atau bilangan para rasul (313) yang juga menyamai bilangan tentera Badar dan tentera Talut.
2- Boleh juga membacanya dari awal sehingga ke hujung dan diulang sebanyak 70 kali pada ayat ( ولا يئوده حفظهما وهو العلي العظيم ), dan kemudian diikuti dengan membaca kembali dari awal sehingga akhirnya sebanyak 70 kali juga.
3-Kemudian membaca doa ini :
بِسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيمِ، اللهمّ اجْعَلْ لِي بُرهَانا يُورثني أمَانا، وآنسني بك عن كُلِّ مَطلوبٍ، واصحبني بعَونِ عِنايتك في نَيلِ كُلِّ مَرغوبٍ، يا قادِرُ يا جَليلُ يا قَاهرُ يا عَظيم يا ناصر، "كَتَبَ الله لأغْلِبَنَّ أنا وَرُسُلِي إنّ الله قَوِيٌّ عَزِيْزٌ".
Insya Allah, mujarab. Berdasarkan kitab ( أبواب الفرج للسيد محمد بن علوي المالكي الحسني )
No comments:
Post a Comment