Sesi lepas saya telah memaklumkan amalan untuk memagar rumah daripada sebarang kecelakaan yang ditujukan kepada kita, termasuklah menghalang seseorang pencuri daripada menceroboh masuk ke dalam kediaman kita.
Antara amalan yang boleh kita amalkan bagi mematahkan serangan pencuri tersebut, khususnya untuk memulangkan balik barangan yang telah dicuri ialah :
1. Ambilkan sehelai kain putih berukuran satu kaki persegi.
2. Buatkan satu bulatan ditengah-tengah kain tersebut dengan pen yang berdakwat hitam.
3. Lalu ditulis di dalam bulatan tersebut ( السارق الخائن ) yang bermaksud : pencuri yang khianat.
4. Selepas itu, diletakkan tapak tangan kanan di atas tulisan tersebut lalu dibaca surah Yaasin sebanyak 7 kali atau 14 kali.
Itu cara yang pertama.
Adapun cara yang kedua, agak kasar sedikit iaitu :
1. Juga diambil sehelai kain putih berukuran satu kaki persegi.
2. Gulungkan kain tersebut lalu disimpulkan kedua-dua belah (atas dan bawah) seumpama mengafankan jenazah.
3. Ambilkan 7 atau 14 batang jarum peniti bagi mewakili bilangan surah Yaasin yang dibaca.
4. Sebaik sahaja selesai satu bacaan Yaasin lalu dicucuk satu batang jarum peniti pada simpulan tadi. Begitulah seterusnya sehingga 7 batang atau 14 batang berdasarkan bilangan surah Yaasin yang dibaca.
Setelah selesai, bacalah doa ini :
اللهّم يَا مَن نُورُهُ فِي سِرِّهِ وَسِرُّهُ فِي خَلْقِهِ، أخْفِنَا عَن عُيُونِ النَّاظِرِينَ وَالطَّامِعِيْنَ وَالطَّاغِيْنَ وَقُلُوبِ الحَاسِدِيْنَ وَالبَاغِيْنَ كَمَا أخْفَيْتَ الرُّوحَ فِي الجَسَدِ، إنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اللهّم إنّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ سُورَةِ يس وَأسْرَارِهَا وَأنْوَارِهَا وَبَرَكَتِهَا أنْ تَتَقَبَّلَ مِنَّا مَا دَعَوْنَاكَ بِهِ، وأنْ تَقْضِيَ حَاجَاتِنَا (nyatakan hajat di sini)يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَالحَمْدُ لله ربِّ العَالَمِيْنَ.
Adalah diingatkan bahawa ini adalah jalan ikhtiar dan usaha kita selaku hamba Allah swt yang dhaif. Hanya kepada Allah swt kembalinya segala urusan.
Insya Allah swt, barangan yang dicuri itu akan dipulangkan kembali. Ini adalah berdasarkan amalan saya bersama guru saya Ust. Ku Othman bin Ku Ali.
No comments:
Post a Comment