قال تعالى : "وكذلك جعلناكم أمة وسطا". (البقرة : 143)
المعنى : وكما أن الكعبة وسط الأرض كذلك جعلناكم أمة وسطا، أي جعلناكم دون الأنبياء وفوق الأمم. الوسط : العدل.
وروى الترمذي عن أبي سعيد الخدري عن النبي (ص) في قوله تعالى : "وكذلك جعلناكم أمة وسطا"، فال : عدلا. قال : هذا حديث حسن صحيح.
وفي التنزيل : "قال أوسطهم" (القلم : 28) أي أعدلهم وخيرهم.
وفي الحديث : "خير الأمور أوسطها".
وفيه عن علي (ض) : "عليكم بالنمط الأوسط، فإليه ينزل العالي، وإليه يرتفع النازل".
(الجامع لأحكام القرءان للإمام القرطبي، ص 104-105)
Ummah wasatiyyah akan menjadi saksi ke atas ummah manusia keseluruhannya bagi menentukan keadilan dan kesaksamaan sejagat. Ummah tersebut berupaya meletakktan sistem nilai pada tempat yang sepatutnya, juga mampu memberi pandangan serta memperbetulkan keadaan dengan benar : ini benar dan yang ini salah.
Ummah wasatiyyah adalah ummah yang saling lengkap-melengkapi makna kesederhana dalam pelbagai sudut kehidupan. Contohnya :
Wasatiyyah dari sudut Pegangan – Tidak melampaui dalam urusan kerohanian dan tidak pula melampaui pula dari sudut kebendaan. Sebaliknya mengikut pertengahan antara tuntutan kerohanian dan tuntutan kebendaan.
Wasatiyyah dari sudut Pandangan – Sentiasa berusaha untuk mencari pandangan yang terbaik. Bagi mereka, hikmah adalah perkara yang tersembunyi bagi orang-orang beriman, mereka berhak memperolehinya jika dijumpai.
Wasatiyyah dari sudut Hubungan – Tidak mencairkan jati diri dan tidak pula menyusahkan jamaah.
( Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran, jld 1, ms 130-131)
Berdasarkan kepada dua pandangan ulama silam dan moden ini menjelaskan kepada kita bahawa makna wasatiyyah ialah bersederhanaan dalam semua pekara yang melandasi kehidupan.
Cuma dibimbangi salah faham terhadap wasatiyyah seperti mengatakan : bersederhana dalam beragama itu memnungkinkan seseorang itu mendedahkan auratnya atau mendirikan solat fardhu ikut kesesuaian masa. Jika sibuk diabaikan solat, dan jika berkelapangan baharulah mendirikan solat.
Begitu juga bersederhana dalam bekerja dengan melakukannya secara ala kadar. Sedangkan Islam telah menyarankan kepada kita apabila bekerja hendaklah melakukannya secara ‘itqan’ iaitu terbaik.
Dibimbangi juga terjemahan wasatiyyah itu hanya bermaksud sederhana, Sedangkan maksud wasatiyyah itu juga membawa makna yang terbaik dan yang teradil.
Juga dikhuatiri wasatiyyah yang hendak UMNO pamerkan tidak memenuhi makna yang sebenarnya. Sekadar pandangan dan teori semata-mata. Sedangkan yang terhidang di depan mata dan di dada akhbar, perebutan jawatan, perebutan tender, perebutan nama dan pangkat serta sebagainya. Ini langsung tidak membayangkan wasatiyyah yang dikehendaki Islam.
Situasi ini samalah dengan mengajar anak-anak mengenai rukun solat. Bermula daripada berdiri betul sehinggalah memberi salam dan tertib. Namun, si guru tadi apabila menghuraikan cara berdiri betul dalam solat, maka ditunjukkan kepada anak-anak berdiri sengget pula. Ketika ruku’ pula ditunjukkan cara ruku’ yang salah. Bagaimana anak-anak akan dapat memahami makna sebenar rukun solat tersebut.
Sedangkan nabi saw telah bersabda : Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku bersolat. Bermakna, kebenaran bersolat itu hendaklah dicapai menerusi apa yang telah disaranklan oleh nabi saw. Ini termasuklah rukun yang tersurat dan tersirat.
Sebaliknya, jika hanya diminta bersolat, huraian rukun pun tidak lengkap, maka janganlah marahkan rakyat jika rakyat tidak menyokong dek kerana ajaran yang diajar tidak sempurna, contoh yang dipamerkan tidak lengkap, begitulah juga falsafah di sebalik amalan tersebut jauh tersasar.
Oleh itu, tiada hairan sekiranya apa yang dirancangkan tidak mencapai objektif sebenar. Hanya indah pada nama sahaja. Lantaran penjelasan wasatiyyah tadi tidak dikepilkan bersama pelan pelaksanaannya. Hanya sekadar berteori semata-mata.
No comments:
Post a Comment